• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Tegas Pembelian Aset Berdasarkan Nilai Jangka Panjang

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menegaskan ia hanya membeli aset apabila ia yakin aset-aset itu mempunyai nilai jangka panjang.

“Untuk mengatakan bahawa sebarang pembelian kami didorong oleh pertimbangan politik adalah sama sekali tidak betul,” kata syarikat itu yang merujuk kepada artikel Wall Street Journal baru-baru ini yang menyatakan 1MDB terlebih bayar dalam pembelian aset tenaganya.

“Hakikatnya adalah dakwaan ini merupakan pengulangan tuduhan-tuduhan lama yang dilemparkan pembangkang termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Dakwaan-dakwaan ini tidak pernah dibuktikan dan tidak pernah disokong oleh bukti, sama seperti Dr Mahathir yang tidak pernah mengeluarkan sebarang bukti bagi tuduhannya bahawa RM42 bilion hilang daripada 1MDB, kerana realitinya ialah RM42 bilion ini merupakan hutang yang disokong oleh aset bernilai RM51 bilion,” kata 1MDB dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

1MDB berkata ia mengambil pandangan nilai jangka panjang apabila melakukan urus niaga; bukan sahaja bagi syarikat itu tetapi juga bagi negara, sebagai menepati pemilikan 100 peratusnya oleh kerajaan Malaysia.

“Harga pembelian dibayar berdasarkan kepada pandangan jangka panjang ini, serta nasihat yang diterima daripada penasihat penilaian bebas, dan keadaan pasaran pada masa itu.

“Atas dasar ini, kami percaya nilai yang dibayar selepas pembelian aset — yang mungkin melibatkan premium dalam keadaan tertentu, seperti yang biasa apabila membeli perniagaan lain — adalah setara dengan aset sedia ada dan aset berpotensi pada masa depan,” kata syarikat itu.

1MDB berkata sejak membeli aset tenaga pertama pada 2012, ia telah membangunkan pengeluar penjana bebas antarabangsa utama di Asia Tenggara.

Portfolio itu ketika ini terdiri daripada 13 stesen jana kuasa di lima negara, bersama-sama dengan hak untuk membina lagi loji berkuasa gas dan solar.

Hari ini, Edra Energy merupakan pengeluar penjana bebas kedua terbesar di Malaysia dan yang terbesar di Mesir dan Bangladesh, dengan operasi tambahan di Pakistan dan Emiriah Arab Bersatu.

Secara keseluruhannya, ia memiliki kapasiti dipasang kasar 6,619 MW dengan kapasiti efektif kira-kira 5,594 MW, kata syarikat itu.

1MDB memacu inisiatif dorongan pasaran bagi membantu mengubah Malaysia menjadi sebuah ekonomi yang berkembang maju – yang sangat kompetitif, inklusif dan mapan.

Ia menjalin perkongsian antarabangsa menerusi usaha sama yang ditumpukan kepada projek berimpak tinggi. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd