• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Kami Siasat Dulu, Baharu Tangkap – Khalid

oleh Ahmad Albab
05/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan menyeluruh perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum membuat tangkapan berkaitan dengan dakwaan penyelewengan kewangan oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menegaskan bahawa kes itu diklasifikasikan sebagai jenayah komersial, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek tidak akan ditangkap sebelum siasatan selesai dijalankan.

“Kami menyiasat, kemudian menangkap. Biarlah kami buat kerja. Jika kita menemui sebarang salah laku, tindakan akan diambil,” katanya kepada pemberita di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, pada Khamis.

Khalid yang enggan mengulas lanjut mengenai status siasatan, berkata, beliau bukan ‘jurucakap rasmi” untuk siasatan itu yang diketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Pada Mac lalu, Abdul Gani menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan siasatan ke atas dakwaan penyelewengan wang oleh 1MDB.

Pasukan petugas terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan polis.

“Saya mengesahkan bahawa mereka sedang menyiasat dakwaan tersebut. Jika saya memberikan butiran lanjut, ia mungkin mengganggu siasatan,” kata Khalid. – mStar Online

 

Tags: 1MDBkhalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan BN Tumbang Hasil Kesepakatan Mahathir, Anwar, Muhyiddin – DAP Johor

Kerajaan BN Tumbang Hasil Kesepakatan Mahathir, Anwar, Muhyiddin – DAP Johor

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mengimbau kejayaan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional...

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd