• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Bukti Dikongsi Dengan Pihak Berkuasa Malaysia

oleh Ahmad Albab
18/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua keterangan dan bukti berkaitan perniagaan dan transaksi kewangan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah dikongsi dengan juruaudit bebas dan pihak berkuasa Malaysia, kata 1MDB.

1MDB berkata demikian ketika menjawab catatan terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya, ‘Jawapan 1MDB,” yang meminta keterangan berdokumen.

Pada Selasa, 1MDB dalam satu kenyataan yang panjang lebar, menjawab pertanyaan dan dakwaan Dr Mahathir mengenai pelbagai isu berkaitan syarikat pembangunan strategik negara itu.

1MDB berkata, ia telah menjawab dengan terperinci serta fakta yang boleh disahkan.

“Kini setelah dikemukakan dengan fakta oleh 1MDB, Dr Mahathir telah meminta keterangan berdokumen.

“Sebagaimana telah dijelaskan 1MDB, semua keterangan dan bukti berkaitan perniagaan dan transaksi kewangan 1MDB telah dikongsi dengan juruaudit bebas dan pihak berkuasa Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa terbabit boleh mengambil tindakan bersesuaian mengikut proses dan undang-undang Malaysia, katanya.

1MDB menegaskan ia kekal fokus sepenuhnya kepada melaksanakan pelan rasionalisasinya.

Sebagaimana yang telah dicapai dengan Edra Energy, ia akan menyaksikan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia menjadi syarikat berdiri sendiri, yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas prestasi operasi dan kewangan mereka, tambah kenyataan berkenaan.

Menurutnya, pembayaran balik pinjaman RM3.6 bilion baru-baru ini mencerminkan komitmen 1MDB mengurangkan keseluruhan paras hutangnya sejajar dengan pelaksanaan pelan rasionalisasi itu.

Syarikat itu yakin mampu menjana nilai maksimum untuk pemegang saham 100 peratus 1MDB, iaitu kerajaan Malaysia, tambahnya. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd