• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelarian Rohingya: Malaysia Didakwa Ada Kem ‘Hamba’

oleh Ahmad Albab
09/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Selepas penemuan ‘kem kematian’ di selatan Thailand, laporan kini tertumpu kepada persoalan sama ada terdapat kem haram pelarian asing di sempadan Malaysia-Thailand dekat sini.

Bekas Presiden Kelab Rohingya di Thailand terlibat membantu pelarian, Abdul Kalam mendakwa Malaysia merupakan rumah kepada kira-kira 80 peratus kem haram di mana golongan muda warga Rohingya dan Bangladesh yang dijadikan ‘hamba’ dibawa masuk oleh sindiket penyeludupan manusia.

Beliau turut mendakwa rakyat tempatan juga terlibat dalam sindiket pemerdagangan maniusia.

Abdul Kalam, yang bekerja dengan polis Thai sebagai penterjemah apabila pelarian Myanmar diselamatkan berkata kem penyeludupan hamba dekat sempadan Thai menempatkan kira-kira 500 dan 1,000 orang.

“Situasi bertambah buruk dalam tempoh 10 tahun lalu dengan kira-kira 50 kem dekat sempadan tersebut.

“Terdapat lebih banyak kem di Malaysia pada masa ini kerana kerajaan Thai membanteras aktiviti pemerdagangan manusia,” dakwa Abdul Kalam.

Beliau berkata pelarian di kem tersebut terpaksa hidup dalam keadaan yang teruk dengan sedikit makanan dan minuman.

Walaupun tidak membuat dakwaan spesifik terhadap Malaysia, Komander Tentera Bahagian ke-4, Lt. Jen. Prakarn Cholayuth berkata kerajaannya berharap negara jiran akan membantu membanteras aktiviti pemerdagangan manusia di sempadan kedua-dua negara.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa kem seperti itu wujud di sempadan Malaysia.

“Tiada perkara seperti itu. Sepanjang pengetahuan kami, kem tersebut hanya berada di sempadan Thailand.

“Di sempadan Malaysia, polis termasuk Unit Perisikan Sempadan, Pasukan Gerakan Am, pasukan khas dari Bukit Aman dan beberapa agensi penguatkuasan yang lain bekerjasama untuk membanteras aktiviti pemerdagangan manusia dan pendatang asing,” katanya.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-0-cha merancang untuk bertemu pemimpin Malaysia dan Myanmar untuk membincangkan masalah tersebut.

“Pemerdagangan manusia harus dibanteras bersama-sama dan perlu difahami bahawa masalah itu bukan berkembang dari Thailand,” katanya sambil menambah negara itu hanya transit.

- The Star Online

https://www.youtube.com/watch?v=yZwrk3F-ZNQ

Tags: MalaysiaPelarianRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd