• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBSNT Diminta Jangan Ambil Tindakan Drastik – Khairy

oleh Ahmad Albab
18/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak perlu terburu-buru keluar daripada saingan Liga Malaysia susulan tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Lions XII, Sabtu lepas.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata semua pihak harus menerima hakikat bahawa keputusan pengadil di atas padang adalah muktamad.

“Saya faham kekecewaan sebagai penyokong bola sepak tetapi inilah sukan dan saya harap PBSNT tidak mengambil tindakan terburu-buru,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara kementerian dan Berjaya Corporation Bhd., di sini Isnin.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semalam mengarahkan PBSNT menghantar surat bantahan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan pengadil pada perlawanan itu dan jika tiada tindakan sewajarnya diambil, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk meminta PBSNT menarik diri daripada saingan Liga Malaysia.

Pada perlawanan menentang wakil Singapura, Lions XII, pengadil Mohd Amirul Izwan Yaacob membatalkan gol keempat skuad ‘Penyu’ menerusi percubaan Ahmad Nordin Alias kerana dikatakan ofsaid.

Walaupun menang 3-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua itu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu gagal ke pentas final menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.

Lebih mengecewakan lagi apabila penyerang Terengganu Paulo Rangel dilayangkan kad merah manakala Gustavo Fabian Lopez menerima kad kuning kedua kerana dikatakan membantah keputusan pengadil itu.

Gara-gara tindakan itu, hampir 15,000 penyokong pasukan tersebut bertindak liar dengan membakar harta benda serta sebuah ambulans selain merosakkan beberapa kemudahan lain di dalam dan luar perkarangan stadium itu.

Khairy berkata jika terdapat kesilapan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh mengambil tindakan sewajarnya.

“Dia (FAM) boleh gantung pengadil atau ambil tindakan terhadapnya,” katanya, serta turut meminta badan induk bola sepak negara itu mengatasi masalah mutu pengadilan melalui dialog dengan pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia.

Sementara itu, mengulas laporan mengenai kelakuan buruk atlet yang memalukan Malaysia di luar negara, Khairy berkata kementerian tidak akan bertoleransi sekiranya mereka meninggalkan imej buruk di mana-mana temasya luar negara pada masa akan datang termasuk Sukan SEA Singapura, bulan depan.

“Jika mereka melakukan sesuatu seperti merokok dan membakar permaidani, mereka harus membayar denda sendiri dan mereka juga diberi amaran bahawa kelakuan buruk mereka akan memberi kesan kepada pemilihan untuk bertanding pada masa akan datang,” tegasnya.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Majlis (MOM), Datuk Sieh Kok Chi dilaporkan sebagai berkata pada Sukan Komanwel Glasgow dan Sukan Asia Incheon tahun lepas, beberapa atlet Malaysia didenda hampir RM150,000 kerana merokok dan merosakkan harta benda termasuk membakar permaidani dan menyebabkan limpahan air di asrama.

Katanya, di Incheon jumlah yang dibayar adalah yang tertinggi setakat ini iaitu mencecah RM142,478, manakala di Glasgow, didenda sebanyak RM3,640.

Menurut Sieh, skuad sepak takraw merupakan pesalah utama di Incheon, Korea Selatan, apabila mereka dikenakan denda berjumlah RM86,756. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=gKulTvug-ts

Tags: Khairy JamaluddinPBSNT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd