• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakistan Masih Siasat Nahas Helikopter

oleh Ahmad Albab
16/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Siasatan pihak berkuasa Pakistan terhadap nahas helikopter di Lembah Naltar, utara Pakistan yang mengorbankan enam nyawa termasuk Allahyarham Datin Habibah Mahmud, isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, masih lagi berjalan.

Menteri Pendidikan Persekutuan dan Latihan Profesional Pakistan Muhammad Baligh-ur-Rehman berkata siasatan masih lagi berjalan walaupun penemuan awal mendapati insiden itu disebabkan oleh masalah teknikal.

“Pakistan akan menghantar satu laporan kepada Malaysia setelah siasatan rasmi selesai, katanya kepada pemberita di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini malam ini.

Muhammad mengiringi jenazah Habibah dari Islamabad ke KLIA dengan pesawat C130 penerbangan 0977 Tentera Udara Pakistan yang tiba di sini pada pukul 9.25 malam.

Jenazah Allahyarham disambut di KLIA oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin.

Jenazah Habibah dihantar ke Batu Pahat malam tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Parit Yusof Darat, Kampung Parit Masjid, Parit Yusof, Muar, Johor pagi ini.

Turut mengiringi jenazah Habibah dari Islamabad ialah suami Allahyarham, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar.

Muhammad berkata Pakistan menghantar wakil anggota kabinetnya ke negara mangsa nahas yang terlibat untuk memberi penghormatan dan berkongsi kesedihan dengan keluarga mangsa.

Sementara itu, Hamzah berkata Malaysia berterima kasih kepada Pakistan dengan segala bantuan yang dihulurkan untuk membawa pulang jenazah Habibah.

Ditanya mengenai rawatan Dr Hasrul Sani, Hamzah berkata beliau akan menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Habibah adalah antara enam mangsa yang terkorban dalam helikopter yang membawa delegasi kedutaan asing di Pakistan yang terhempas di Lembah Naltar dalam Wilayah Gilgit-Baltistan, Jumaat lepas.

Turut terbuuh di dalam nahas helikopter itu ialah duta besar Norway dan Filipina, isteri duta besar Indonesia dan dua juruterbang pesawat itu.

Pesawat malang itu membawa sekumpulan delegasi kedutaan asing dan isteri mereka untuk menghadiri sebuah program rasmi dihoskan oleh Kerajaan Pakistan.

Media melaporkan puak Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap nahas itu tetapi tentera Pakistan menafikannya. – BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd