• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nur Fitri Azmeer Tidak Dibenarkan Merayu Kepada Mara

oleh Ahmad Albab
09/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Nur Fitri Azmeer Nordin tidak dibenarkan membuat rayuan dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk meneruskan pengajian di bawah tajaan agensi itu selepas dia dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh sebuah mahkamah di London kerana kesalahan memiliki imej dan video pornografi kanak-kanak.

Beliau berkata kementerian dan Mara juga tidak akan melakukan rayuan terhadap hukuman yang dikenakan Nur Fitri Azmeer, 23, yang menuntut jurusan matematik di Imperial College London.

“Namun, anggota keluarga Nur Fitri Azmeer dibenarkan membuat rayuan terhadap hukuman itu,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.

Shafie berkata beliau tidak menyokong dan menolak sama sekali sebarang aktiviti berkaitan pornografi.

Sambil menegaskan kementerian dan Mara memandang serius perkara itu, beliau mengingatkan semua penuntut tajaan Mara supaya mematuhi undang-undang yang ditetapkan di mana sahaja mereka berada.

Menurut laporan media, Nur Fitri Azmeer ditahan semasa serbuan polis di tempat tinggalnya di Queensborough Terrace pada 20 Nov 2014.

Dia mengaku bersalah di mahkamah terhadap 17 kesalahan memiliki bahan pedofilia dengan niat untuk mengedarkannya. – BERNAMA

Tags: MARAShafie Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd