• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Helikopter: Kerosakan Sirip Pengimbang Kiri Punca Nahas

oleh Ahmad Albab
15/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Laporan awal nahas helikopter di Semenyih mendapati pesawat mengalami kerosakan pada sirip pengimbang kiri selepas mendarat di sebuah sekolah di Muadzam Shah, Pahang, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan dan pemeriksaan di kawasan pendaratan terakhir sebelum kemalangan berlaku pada 4 April lepas, mendedahkan masalah roda pendaratan kiri yang terbenam ke dalam tanah lembab ketika mendarat di padang bola sepak, Sekolah Kebangsaan Ladang Kota Bahagia, Rompin.

Katanya siasatan mendapati helikopter itu senget sehingga 13 darjah selepas roda pendaratan kiri terbenam ke dalam tanah sedalam 20 inci ketika mendarat di padang sekolah itu.

“Helikopter itu mempunyai dua sirip pengimbang iaitu kanan dan kiri yang terletak di ekor pesawat. Pendaratan terbabit memungkinkan bahagian ekor bawah sirip pengimbang di sebelah kiri dan sirip menegak disyaki mengalami kerosakan.

“Terdapat juga kesan kebocoran cecair berlebihan dalam lubang pendaratan kiri serta di atas rumput kira-kira 10 meter ke hadapan tempat pendaratan apabila juruterbang menaikkan semula helikopter untuk menerbangkannya,” katanya dalam sidang media berhubung laporan awal nahas itu di kementeriannya di sini hari ini.

Nahas helikopter pada 4 April itu mengorbankan enam orang termasuk bekas menteri kabinet dan anggota Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Turut terkorban ialah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan seorang wanita Aidana Baizieva yang merupakan kenalan juruterbang.

Bagaimanapun, Liow berkata sirip pengimbang kiri helikopter itu masih belum ditemui dan meminta penduduk Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor menghubungi kementerian dengan segera sekiranya menemui sirip berkenaan.

Katanya sirip pengimbang itu penting untuk meneruskan siasatan bagi mengesahkan sama ada kerosakan berpunca akibat hentakan di atas darat atau kerosakan mekanikal.

“Ini bagi memastikan punca sebenar stabiliser (sirip pengimbang) terkeluar daripada badan helikopter. Kita perlu simulasi terperinci untuk kenal pasti lokasi dan punca kemalangan sebenar sirip dan mengetahui cara pesawat junam,” katanya.

Dalam laporan awal itu, Liow berkata rekod audio yang diperoleh menunjukkan bahawa juruterbang berasa khuatir tentang kebocoran cecair hidraulik apabila helikopter itu berlepas pada 4.25 petang dari padang sekolah itu.

Sebelum itu, juruterbang itu menurunkan seorang penumpang iaitu anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam Datuk Wan Kadiri Wan Mahussin di padang sekolah itu.

“Kita juga tahu bahawa antara jam 4.31 petang hingga 4.52 petang, juruterbang tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

“Namun, menurut fakta yang diperoleh, sebuah lagi helikopter, 9M-DBI yang berada berdekatan telah membuat panggilan radio dan menyatakan bahawa pesawat malang itu membuat penurunan curam dan telah terhempas,” katanya.

Sambil melahirkan perasaan sedih terhadap insiden itu dan serta kehilangan dua rakan sekerjanya (Jamaluddin dan Azlin), Liow berkata laporan awal itu bukanlah untuk mencari kesalahan mana-mana pihak, tetapi hanya untuk mendedahkan fakta sebenar yang berlaku dalam kejadian itu.

Beliau memberi jaminan Biro Siasatan Kemalangan Udara akan meneruskan penyiasatan bagi menentukan punca penurunan curam serta segala faktor yang relevan yang telah menyumbang kepada nahas helikopter ini.

“Terdapat beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan seperti yang dicadangkan oleh biro itu, antaranya analisis terperinci kotak hitam adalah perlu bagi mendapatkan punca nahas sesuatu kemalangan,” katanya.

Antara cadangan lain ialah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) perlu memastikan pengendali kategori persendirian mematuhi had-had operasi penerbangan bagi setiap kategori.

“DCA akan mengkaji dan meneliti cadangan yang telah dikemukakan daripada laporan itu. Ini termasuk semakan mengenai prosedur operasi helikopter bagi juruterbang tunggal bagi membantu memudahkan pelepasan dan pendaratan penumpang dengan injin dan rotor utama berfungsi,” katanya.

Antara cadangan lain adalah DCA akan memastikan kategori operator persendirian memerhati had-had operasi penerbangan dalam kategori mereka masing-masing dan menentukan keperluan bagi penerbangan yang jelas untuk semua penerbangan persendirian.

“Setakat ini, tiada keperluan bagi helikopter persendirian untuk memaklumkan kawalan trafik udara tentang laluan dan destinasi tempat pendaratan sebelum penerbangan dimulakan.

“Adalah lebih baik bagi juruterbang untuk terus berhubung dengan menara kawalan, ini satu daripada cadangan kita kepada DCA,” katanya.

Liow bersetuju dengan satu soalan bahawa juruterbang mungkin melanggar kewajipannya berhubung prosedur keselamatan standard dan gagal untuk memeriksa pesawat apabila sesuatu yang luar biasa berlaku.

Ditanya mengenai penumpang wanita, beliau berkata tiada petunjuk bahawa dia mengendalikan helikopter itu pada sebarang masa.

Mengenai kotak hitam dianalisis di Perancis, Liow berkata ia adalah amalan biasa kerana Malaysia tidak mempunyai keupayaan untuk mengekstrak maklumat daripada kotak hitam. – BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd