Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

7 Warga Indonesia Ditahan...

BINTULU - Polis menahan tujuh warga Indonesia serta merampas dadah jenis syabu seberat...

PPBM Sertai PKR, PAN...

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sah akan menjadi salah sebuah...

Misi Anak Buah Wenger...

KEPUTUSAN seri 1-1 dengan Atletico Madrid di Emirates sedikit sebanyak menyukarkan jalan Arsenal...

Jemaah Haji Perlu Sedia...

JEDDAH - Jemaah haji Malaysia perlu mempersiapkan diri menghadapi kesesakan dalam perjalanan mengerjakan...

MOSTI Sokong Usaha Baik Pulih 3,000 Makmal Sekolah

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyokong penuh hasrat kerajaan untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains berlangsung dalam kaedah yang lebih berkesan selaras dengan dasar pendidikan negara.

Sehubungan itu, Mosti dalam satu kenyataan media memberitahu, kementerian tersebut menganjurkan pelbagai aktiviti untuk menyokong hasrat tersebut termasuk menganjurkan Karnival Kreativiti dan Science4U di Sabah baru-baru ini.

“Antara aktivitinya adalah pameran, bengkel dan pertandingan serta forum.

Program kesedaran dan pembudayaan ini akan diteruskan sebagai tanda iltizam Kementerian dalam menerajui pembudayaan sains, teknologi dan inovasi,” kata kenyataan itu hari ini.

Mosti dalam pada itu menyambut baik kenyataan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan membaik pulih 3,000 makmal sekolah menengah di seluruh negara bermula tahun ini bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran sains yang lebih berkesan.


Menurut kenyataan itu, langkah tersebut sangat baik untuk menarik minta golongan muda terhadap bidang sains, teknologi dan inovasi kerana pelajar tidak terlalu terikat dengan pengajaran di bilik darjah.

Muhyiddin pada 26 April lalu memaklumkan kerajaan akan membaik pulih sebanyak 3,000 makmal sekolah menengah di seluruh negara bermula tahun ini.

Kata beliau, langkah itu bertujuan mengembalikan semula kaedah latihan amali di makmal sekaligus meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran berkenaan.- MYNEWSHUB.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mosti

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori