• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang Sasar 5 Juta Pengunjung

oleh Ahmad Albab
30/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) menyasar kedatangan lima juta pengunjung ke premis itu menjelang akhir tahun ini, kata Timbalan Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB)-Mitsui Fudosan, TJ Cheah.

Beliau berkata projek usaha sama antara MAHB dengan Mitsui itu yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) merupakan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan dibuka kepada orang ramai mulai hari ini.

Cheah berkata di bawah pembangunan fasa pertama, gedung itu akan mempunyai 130 kedai menjelang akhir tahun ini dan akan ditambah kepada 60 unit pada 2018 serta 60 lagi pada 2021, menjadikan kesemua jumlah penyewa sebanyak 250.

“Selepas fasa tiga selesai menjelang 2021, Mitsui Outlet Park KLIA mempunyai potensi menjadi gedung membeli belah barangan dari kilang terbesar di rantau ini,” katanya kepada pemberita selepas program kunjungan media di sini, hari ini.

Menurut Cheah, kos pelaburan bagi tiga fasa pembangunan projek itu berjumlah RM335 juta dan menjangka menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar serta Pendapatan Negara Kasar masing-masing sebanyak RM235 juta dan RM220 juta menjelang 2020.

Selain itu, MOP KLIA juga dijangka menyediakan 2,577 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Projek itu telah diberikan status Projek Permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi pelancongan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melancarkan laporan Program Transformasi Kerajaan dan ETP bulan lepas menyatakan bagi memastikan sektor pelancongan terus mencatatkan pertumbuhan pesat di bawah NKEA, kerajaan telah meluluskan satu lagi outlet runcit mewah yang akan menjual produk premium.

Najib berkata MOP KLIA dijangka mengulangi kejayaan yang dicapai Johor Premium Outlet yang telah beroperasi hampir empat tahun sekarang.

MOP KLIA dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. – BERNAMA

Tags: KLIA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd