• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjid Melayu Lebuh Acheh Bakal Dijadikan Warisan Negara

oleh Ahmad Albab
02/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Masjid Melayu Lebuh Acheh, sebuah masjid berusia 207 tahun yang menjadi tarikan di Pulau Mutiara dekat sini bakal dijadikan bangunan warisan negara.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata masjid lama yang memiliki sejarah dan keunikan tersendiri itu mempunyai daya tarikan yang tinggi kepada pelancong untuk datang melihat keindahannya.

“Saya lihat masjid ini sungguh istimewa dan seperti kita ketahui masjid-masjid lama ini sudah tentu akan menjadi tumpuan pelancong yang datang. Masjid ini juga sudah berusia lebih daripada 200 tahun.

“Apabila sesuatu bangunan yang berusia melebihi 100 tahun ia merupakan satu bangunan warisan kepada negara kita,” katanya ketika berucap merasmikan Festival dan Sambutan Ulang Tahun ke-207 masjid itu di sini hari ini.

Mohamed Nazri berkata bagi merealisasikan perkara itu, beliau meminta kerajaan Pulau Pinang mengemukakan cadangan kepada kementerian untuk menjadikan masjid itu sebagai satu warisan negeri.

Beliau berkata untuk itu, adalah penting bagi memastikan masjid berkenaan dibaik pulih dengan mengekalkan reka bentuk yang bercirikan warisan asal masjid itu dibina dahulu.

“Kementerian akan memberikan peruntukan untuk membaik pulih masjid itu,” katanya.

Masjid Melayu Lebuh Acheh dibina pada 1808 dan mengikut fakta sejarah pembinaan masjid itu bermula pada 1792 apabila Tengku Syed Hussain Al-Aidid, seorang kerabat diraja Acheh dari Sumatera membuka sebuah perkampungan masyarakat Islam di Lebuh Acheh di sini. – BERNAMA

https://youtu.be/OPVEGE3HCu0

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Visa Haji Percuma Bagi Pengunjung Pesta Buku

Next Post

Affendi Rosli Gembira Pasukan Mula Temui Rentak

Related Posts

‘Kiky Sudah Tiada’ – Najib

‘Kiky Sudah Tiada’ – Najib

14/07/2025
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa sedih atas pemergian kucing peliharaannya, Kiky pada...

Malaysia Berhak Tolak Nick Adams Sebagai Duta Besar AS – KJ

Malaysia Berhak Tolak Nick Adams Sebagai Duta Besar AS – KJ

14/07/2025
0

SHAH ALAM - Malaysia mempunyai kuasa penuh untuk menolak pelantikan Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke negara...

Next Post

Affendi Rosli Gembira Pasukan Mula Temui Rentak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd