KUALA LUMPUR – Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mempromosikan penjualan baju-T khas bertemakan Rukun Negara.
Menerusi hantaran di media sosial, beliau memperkenalkan “Baju-T Khas Rukun Negara Versi 2 Edisi Terhad”
Beliau meminta cadangan orang ramai mengenai tokoh paling sesuai untuk melancarkan baju-T berkenaan.
“Siapa tokoh paling sesuai untuk melancarkan baju-T khas Rukun Negara ini untuk kami? Sila cadangkan,” katanya dalam hantaran tersebut.
Tindakan Ronnie Liu itu mengundang perhatian kerana beliau sebelum ini pernah menerima teguran daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu berkaitan Rukun Negara.
Sebelum ini, Sultan Selangor dilaporkan menyarankan Ronnie Liu supaya mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Saranan itu supaya Ronnie Liu menghayati serta memahami prinsip-prinsip Rukun Negara dengan lebih mendalam. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ronnie Liu Tian Khiew


