• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

oleh Mynewshub
26/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerajaan pada tahun 2003 pernah membatalkan semua peruntukan kepada sekolah-sekolah agama di negara ini.

Menurut beliau, sejarah tersebut tidak sepatutnya dilupakan, khususnya oleh pihak yang sering mendakwa memperjuangkan pendidikan agama dan kebajikan rakyat.

“Pada tahun 2003, kerajaan pada masa itu batalkan semua peruntukan kepada sekolah-sekolah agama.

“Kadang-kadang kita lupa, ‘pung pang pung pang’ hentam kita. Hang bacalah sikit sejarah. Kata nak berjuang.

“Ini kenyataannya, saya bukan fitnah,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Lembu Korban Kepada Masyarakat DUN Penanti di Pulau Pinang, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, selepas mengambil alih pentadbiran negara pada November 2022, beliau mengambil keputusan untuk mengembalikan semula bantuan kepada sekolah agama rakyat yang sebelum ini dihentikan.

“Saya jadi Perdana Menteri pada November 2022. Bulan Januari saya kata tak boleh. Mana boleh kita bagi peruntukan kepada semua sekolah seperti sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan sekolah Tamil, tetapi sekolah agama rakyat dihentikan.

“Saya kata baik, kebetulan saya juga Menteri Kewangan, saya pulangkan balik,” katanya.

Menurut beliau, keputusan kerajaan pada tahun 2003 itu secara rasmi dibatalkan pada tahun 2023 kerana sekolah agama rakyat juga mempunyai hak untuk menerima bantuan pendidikan daripada kerajaan.

“Bagi saya itu hak mereka. Sebab pendidikan itu yang mahu dipadamkan, semangat dan roh perjuangan.

“Sejak dua tiga tahun lalu, saya sudah mula masuk ke sekolah-sekolah pondok ini dan cuba membaikinya,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: 2003BatalkanDatuk Seri Anwar IbrahimKerajaanPerdana Menteriperuntukansekolah agama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Memahami Denyut Nadi Rakyat – PMX Anwar

Kerajaan Madani Memahami Denyut Nadi Rakyat – PMX Anwar

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan Kerajaan Madani memahami denyut nadi rakyat. Menurut...

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

Onn Hafiz Ulas Diperlekeh ‘Budak-Budak’, Orang Johor Tak Macam Itu

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi mengingatkan dirinya dan semua pemimpin politik supaya menjaga adab dan pertuturan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd