• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Serius Atasi Isu Pemerdagangan Manusia

oleh Ahmad Albab
31/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia bukan saja bercadang mengadakan sidang kemuncak mini ASEAN bagi membincangkan isu pemerdagangan manusia bagi mencari penyelesaian terhadap masalah itu dalam kalangan negara-negara anggota.

Malah, Malaysia juga tegas dalam mengenal pasti ‘kepala’ yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan pihak berkuasa mencari ‘kepala’ yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di sempadan negara ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja sehari ke Perlis hari ini, Najib berkata tindakan keras perlu diambil terhadap ketua atau kepala sindiket dan bukannya orang bawahan yang menjadi upahan, sekiranya kegiatan itu ingin dibanteras.

Setakat ini, 35 mayat dipercayai mangsa aktiviti pemerdagangan manusia telah digali semula dari Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis sejak kem-kem transit dijumpai Isnin lepas.

Mayat-mayat itu adalah sebahagian rangka manusia yang dikeluarkan dari 139 kubur yang dikesan pihak berkuasa di 28 kem transit yang diwujudkan oleh sindiket pemerdagangan manusia di sepanjang sempadan Perlis-Thailand.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kawalan keselamatan di satu daripada laluan tikus di sempadan Malaysia-Thailand dikenali sebagai laluan Syed Omar di Kangar, akan diperketat dan rondaan berkala dipertingkatkan.

Bekas menteri besar Perlis itu berkata laluan kira-kira empat kilometer tidak berpagar merentasi hutan simpan kedua-dua buah negara itu telah menjadi perhatiannya sejak 20 tahun lepas.

“Tempat itu kalau nak bawa lari gajah pun boleh, sebab situ tak ada pagar dan paling cepat sampai ke bawah, tetapi antara halangan besar sebab terpaksa lalu jalan kampung, sebab itu di situ kurang sikit penyeludupan,” katanya di Kangar.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula berkata kerajaan berhasrat membina tembok dan benteng di sempadan Malaysia-Thailand, selain meningkatkan pengawasan di pusat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), untuk membanteras kegiatan pemerdagangan manusia. – BERNAMA

 

Tags: Malaysiapemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd