SEORANG lelaki yang cuba menyelamatkan seekor anjing yang ditinggalkan di dalam kereta bersuhu panas ditangkap kerana memecah masuk kereta tersebut.
Michael Hammons dari Georgia memberitahu sumber, dia mendengar orang ramai mendakwa ada anjing ditinggalkan di dalam kereta dalam keadaan yang panas.
Beberapa orang saksi menunggu ketibaan pihak polis namun Michael tanpa berlengah telah bertindak memecahkan cermin kereta itu menggunakan tempat letak kaki kerusi roda isterinya.
Michael berkata dia tidak boleh membiarkan anjing itu mati dan terus menyelamatkannya.
Pemilik anjing tersebut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Michael atas kerosakan keretanya.
Pihak  polis juga menyatakan sesiapa sahaja tidak sepatutnya membuat keputusan sendiri dalam hal ini.
Menurut sumber, Michael bertindak sedemikian kerana dia terlalu banyak menyaksikan kematian serta kemusnahan dalam hidup yang meninggalkan kesan amat mendalam pada dirinya.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=4M_Q7qn2eK8
Oleh: Pitt


