• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes 6 Lelaki Terlibat Aktiviti Keganasan Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

oleh Ahmad Albab
31/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan kes enam lelaki termasuk dua beranak dan seorang warga Indonesia yang menghadapi pertuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Ruzita Md Lazim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwa raya yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin.

Beliau berkata tarikh sebutan kes akan ditetapkan oleh Bahagian Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Pada 30 April lepas, Murad Halimmuddin Hassan, 49, dan anaknya Abu Daud, 25, Ali Saifuddin (warga Indonesia), Nor Azmi Jalani, 28, Mohd Yusri Mohamed Yusof, 27, dan Hadharami Hashim, 38, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan terlibat dengan aktiviti keganasan.

Mereka didakwa berpakat mempromosikan suatu perbuatan keganasan di Malaysia antara 30 Jan hingga 5 April tahun ini di No. 61, Pengkalan Batu Hampar, Mukim Air Putih, Pendang.

Tindakan mereka itu bertentangan dengan Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan dan satu kesalahan mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan boleh dihukum penjara 30 tahun serta denda.

Murad Halimmuddin juga berhadapan pertuduhan kedua iaitu memberi sokongan kepada perbuatan pengganas pada 29 Mac tahun ini di alamat yang sama, mengikut Seksyen 130J(1)(b) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Nor Azmi diwakili peguam Shalehhuddin Salam manakala lima lagi tertuduh diwakili peguam Che Sharif Mat. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahpengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd