• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Beli Tiket Final Piala FA Dengan ‘Ulat Tiket’

oleh Ahmad Albab
19/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)menasihatkan penyokong agar membeli tiket perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Lions XII pada Sabtu ini di kaunter yang sah sahaja.

Setiausaha Agung KAFA Datuk Ismail Md Noor berkata mereka dinasihatkan tidak membeli tiket dengan ulat-ulat tiket kerana ia dijual dengan harga yang mahal.

“Jadi penyokong perlu memberi kerjasama dan tidak berurusan dengan ulat-ulat tiket ini, penyokong juga diminta untuk tidak panik, kita sedang berusaha mendapatkan tiket tambahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
sekiranya tiket yang diperuntukkan kepada Lions XII tidak habis dijual,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata tiket perlawanan akhir itu akan dijual bermula 9 pagi esok (Rabu), dan penyokong The Red Warriors (TRW) boleh mendapatkan tiket berkenaan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini.

“Sebanyak lapan kaunter dibuka…seorang penyokong hanya boleh beli lima keping tiket,” katanya.

Ismail berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan proses penjualan tiket berjalan lancar.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA, Datuk Seri Afandi Hamzah dilaporkan berkata FAM telah memperuntukkan 30,000 tiket masing-masing kepada Kelantan dan wakil Singapura, Lions XII bagi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kelantan, yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir.

Lions XII pula melangkah ke final menerusi peraturan gol tempat lawan walaupun terikat 4-4 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir dengan Terengganu, Sabtu lepas. – BERNAMA

https://youtu.be/rIwyM_-yUXU

Tags: Piala FA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

JDT Pertahan Piala FA

JDT Pertahan Piala FA

22/07/2023
0

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum memastikan Piala FA berjaya dipertahankan buat dua musim berturut-turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd