• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Bina Penjara Baharu Di Sibu – Wan Junaidi

oleh Ahmad Albab
16/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Penjara akan membina sebuah penjara baharu di kawasan seluas 24.2 hektar di Jalan Oya, Sibu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Langkah itu bagi mengganti lokasi penjara sedia ada yang didapati tidak lagi sesuai dan tidak selamat kerana terletak di dalam bandar, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penyampaian Anugerah Pingat Kedaulatan Negara di ibu pejabat Penjara Sarawak di dekat sini, hari ini.

Beliau berkata selain kemudahan infrastruktur, penjara baharu itu akan menyediakan ruang aktiviti pertanian dan ternakan ikan dan ayam sebagai sebahagian daripada program pemulihan banduan.

Selain penjara Sibu dan Kuching, katanya Jabatan Penjara juga mengenal pasti kawasan sesuai untuk penjara Bintulu dan Miri.

Terdahulu dalam ucapannya, Wan Junaidi menyarankan beberapa program pemulihan seperti pendidikan akademik, kemudahan melanjutkan pelajaran ke peringkat institut pendidikan tinggi awam dan swasta di Semenanjung dan Sabah diperluaskan ke semua penjara di Sarawak.

Menurutnya program pemulihan di luar tembok iaitu Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib, Program Pemasyarakatan Banduan dan Rumah Perantaraan yang melibatkan kerjasama masyarakat ternyata memberi impak membanggakan.

Sejak dilaksanakan pada 2008, kira-kira 99 peratus daripada 17,620 banduan yang tamat mengikuti program berkenaan berjaya memperoleh pekerjaan selain menceburi keusahawanan.

“Saya amat bangga melihat pencapaian Sistem Parol dan Pusat Kehadiran Wajib di negeri Sarawak. Sejak 2008, seramai 608 banduan menjalani Perintah Parol manakala sejak 2012, seramai 83 pesalah menjalani Perintah Kehadiran Wajib.

“Hasilnya, 100 peratus banduan itu mendapat pekerjaan dan tiada seorangpun mengulangi kesilapan atau kembali menjalani hukuman di penjara,” katanya. – BERBNAMA

https://youtu.be/sgT3c4tk-aQ

Tags: Penjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd