• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Bawa 469 Pendatang Terkandas Di Aceh

oleh Ahmad Albab
11/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Banda Aceh – Pihak berkuasa Indonesia, semalam menyelamatkan seramai 469 pendatang Rohingya dari Myanmar dan warga Bangladesh selepas bot yang dinaiki mereka terkandas di pantai Aceh.

“Kami menerima laporan daripada nelayan terdapat sebuah bot kayu terkandas di kawasan perairan di utara Aceh,” kata ketua agensi mencari dan menyelamat Aceh, Budiawan.

Katanya, pasukan menyelamat berjaya menyelamatkan seramai 469 pendatang dari Myanmar dan Bangladesh.

“Sebilangan daripada penumpang itu terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dan semua mereka berjaya diselamatkan,” tambahnya.

Ujarnya, semua pendatang itu ditempatkan di sebuah pusat tahanan sebelum disoal siasat oleh pihak imigresen dan polis.

Seorang pegawai agensi pengurusan bencana Aceh, Darsa berkata, bot yang membawa pendatang itu tiba di Aceh pada awal pagi semalam dan diarahkan berenang ke pantai.

“Seorang pendatang yang boleh berbahasa Melayu memberitahu saya bahawa ejen mereka memberitahu bot itu sudah sampai ke Malaysia dan mengarahkan mereka berenang ke pantai.

“Sebahagian penumpang berenang ke pantai tetapi menyedari mereka ditipu selepas nelayan memberitahu mereka berada di Indonesia,” jelasnya.

Menurutnya, pendatang itu memberitahu, lima bot berlepas dari Myanmar pada minggu lalu menuju ke Malaysia.

“Etnik Rohingya ini mahu melarikan diri dari negara asal mereka kerana mahu melarikan diri daripada konflik perkauman di negara itu,” katanya. – AFP

Tags: IndonesiaRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd