• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suri Rumah Ditahan Bela 58 Serindit, Bayan Puling Di PD

oleh Ahmad Albab
09/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan merampas 58 ekor burung Serindit dan seekor burung Bayan Puling dalam satu serbuan di Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson, semalam.

Pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata, serbuan terhadap sebuah kediaman sekitar jam 10.30 pagi melibatkan empat anggota penguat kuasa itu dibuat berdasarkan maklumat orang ramai.

“Hasil pemeriksaan kita mendapati, kesemua haiwan berkenaan disimpan dalam sangkar yang digantung di bahagian depan dan belakang rumah. Nilai keseluruhan dianggarkan lebih kurang RM18,000.

“Turut ditemui, sekeping lesen menyimpan yang sah bagi lima ekor Serindit. Bagaimanapun nama dan alamat tertera merujuk kepada individu lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perhilitan negeri, di sini, petang semalam.

Susulan penemuan itu, katanya, pemilik yang merupakan seorang suri rumah berusia 46 tahun kemudian diberkas dan dibawa ke Balai Polis untuk tindakan lanjut.

“Kita turut merampas 20 jebak dan 19 sangkar dawai. Kita syak, mereka menangkap burung-burung ini di sekitar kawasan hutan Port Dickson dan Tampin untuk dijual kepada mereka yang berminat,” katanya.

Menurutnya, bagi perbuatan menyimpan burung Serindit tanpa lesen, pemilik boleh didenda maksimum RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya mengikut Seksyen 60(1)(a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

“Burung Bayan Puling pula merupakan spesies hidupan liar dilindungi sepenuhnya. Seksyen 68(1)(a) menyatakan, pelaku boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

“Menyimpan hidupan liar di mana-mana premis selain dinyatakan dalam lesen juga dianggap sebagai satu kesalahan bawah Seksyen 46(1). Hukuman diperuntukkan berupa denda sehingga RM20,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan lesen jika ingin menyimpan burung Serindit, di mana caj dikenakan sebanyak RM10 seekor.

“Lesen untuk menangkap burung Serindit pula dikeluarkan Perhilitan dari 1 Julai hingga 31 Disember, setiap tahun,” katanya yang menjelaskan penangkapan burung Bayan Puling langsung tidak dibenarkan.

– Sinar Harian Online

https://www.youtube.com/watch?v=FW5k7Q5sZHQ

Tags: haiwan peliharaanWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd