• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktor Legenda Indonesia, Didi Petet Meninggal Dunia

oleh
15/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Dunia hiburan perfileman Indonesia pada Jumaat berduka dengan berita kehilangan secara mengejut seorang legenda terkenal iaitu pelakon veteran Didi Petet, atau nama sebenarnya Didi Widiatmoko.

Seniman berusia 59 tahun itu meninggal dunia di Tanggerang Selatan, Banten sekitar waktu Subuh pada 15 Mei akibat penyakit perut yang dideritainya, dan selamat dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini.

Didi Petet dikenali menerusi aksinya dalam pelbagai filem utama yang berjaya di pasaran. Beliau kali terakhir ditampilkan dalam filem Guru Bangsa: Tjokroaminoto, dan drama sinetron berjudul Preman Pensiun.

Beliau yang berasal dari Surabaya, Jawa Timur mula bergiat dalam dunia perfileman sejak tahun 1985 lagi, dan sudah meraih banyak anugerah berprestij tempatan khasnya menerusi Festival Filem Indonesia.

Pelakon ini pernah menang anugerah Aktor Terpuji dalam Festival Filem Bandung pada tahun 1988, 1989 dan 1994. Ia tentunya membuktikan bahawa beliau memang salah seorang pelakon hebat di Indonesia.

Peranan Allahyarham dalam layar perak yang paling banyak memberi kesan mendalam termasuklah watak Emon iaitu jejaka yang bersahabat baik dengan Boy dalam filem popular, Catatan Si Boy pada 1987 lalu.

Selain itu, peranan yang sangat lekat dalam dirinya ialah watak Kabayan dalam Kabayan Saba Kota (1989) dan Suwito dalam Pasir Berbisik (2001). Lantaran itu, taraf beliau dalam soal lakonan tidak pernah dipersoalkan.

Walaupun dianggap sebagai sangat berjaya, Didi Petet tetap mempunyai keperibadian yang baik, jauh daripada sifat sombong malah Allahyarham sering berinteraksi dengan para peminat melalui laman sosial Twitter.

Didi Petet juga mendirikan sebuah syarikat penerbitan. Selain filem, Allahyarham juga aktif dalam sejumlah pementasan teater, seminar mengenai seni lakonan dan juga sebagai pengajar di Institut Kesenian Jakarta.

Kesihatan beliau dilaporkan buruk sejak balik dari pesta perdagangan tahunan terbesar dunia, World Expo Milano di Itali kerana Allahyarham bertanggungjawab berat dalam menyelia ruang galeri pavilion Indonesia.

Sepanjang usia, Didi Petet telah berlakon menerusi 51 buah filem bermula dengan Semua Karena Ginah pada 1985 selain allahyarham juga aktif dalam 12 siri drama televisyen tempatan. – Agensi/H.A.AMREE

Tags: aktorFestivalFILEMIndonesiapelakonsinetron
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Patut Malu Tak Tahu Beza Budaya Malaysia Dengan Disko – Akmal Saleh

DAP Patut Malu Tak Tahu Beza Budaya Malaysia Dengan Disko – Akmal Saleh

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti DAP yang sepatutnya berasa malu kerana tidak dapat membezakan antara budaya Malaysia dengan disko jalanan susulan...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd