Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Beruk Kentoi ‘Huru-Harakan’ Kandang...

SIMPANG EMPAT - Kampung Long Ban, Simpang Empat di Perlis gempar pada Ahad...

Wanita Mahu Putus Hubungan...

ALOR SETAR - Seorang wanita muda cedera ditikam oleh teman lelakinya dengan senjata...

Abang Ipar ‘Serang’ Aqasha...

KONTROVERSI pergolakan rumah tangga Aqasha nampaknya masih belum berkesudahan apabila baru-baru ini abang...

Penunggang Motosikal Maut Langgar...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah...

Abdul Hadi Memang Pengkhianat Pakatan Rakyat! – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat berhadapan krisis bukan kerana isu hudud, tetapi kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak berlaku jujur, tidak ikhlas dan khianat terhadap Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, tindakan Presiden PAS menggunakan alasan agama untuk meminta umat Islam menyatakan kemarahan terhadap DAP kerana membantah pelaksanaan hudud di Kelantan satu lagi pengkhianatan.

“Adakah kemarahan terhadap Abdul Hadi dibenarkan, bukan sahaja menurut agama Islam tetapi juga agama-agama lain di dunia kerana beliau tidak berlaku jujur, tidak ikhlas dan khianat apabila terus menerus melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta prinsip konsensus Pakatan Rakyat.

“Abdul Hadi terus melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang menjadi sebab kenapa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berada dalam krisis dan tidak bermesyuarat lebih tiga bulan memandangkan Abdul Hadi sewenang-wenangnya mengabaikan keputusan majlis pimpinan itu atau membatalkan pandangan pimpinan PAS yang hadir ke mesyuarat itu melalui kuasa vetonya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang berkata, perbuatan tidak jujur Abdul Hadi berlaku kali pertama sewaktu Pilihan Raya Umum Mei 2013 apabila beliau memberi kuasa kepada calon-calon PAS untuk bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah diperuntukkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakibatkan kekalahan Pakatan Rakyat di kerusi berkenaan.

Menurutnya, kali kedua Abdul Hadi mengkhianati Pakatan Rakyat denngan membatalkan keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos 2014 yang dihadiri pimpinan utama DAP, PKR dan PAS bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik ke jawatan Menteri Besar Selangor.


Katanya, Abdul Hadi seterusnya memungkiri komitmen beliau sendiri kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam mesyuarat pada 8 Februari 2015 bahawa sebarang pindaan kepada Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1995 dan sebarang rang undang-undang persendirian di Parlimen berkenaan pelaksanaan hudud mestilah terlebih dahulu dibentangkan kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

“Kali keempat pula ialah ketika Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 2015 dibentang dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac, tanpa merujuk kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dan kali kelima ialah apabila Abadul Hadi sendiri mengemukakan usul rang undang-undang persendirian di Parlimen berkenaan pelaksanaan hudud dalam sidang Mac/April juga tanpa merujuk kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat,” katanya.

Malah, katanya, Abdul Hadi terus mengkhianati Pakatan Rakyat iaitu kemunculan semula rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS itu dalam sidang Parlimen Mei/Jun sekali lagi juga tanpa merujuk kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

“Sekiranya Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta prinsip konsensus boleh dimusnahkan oleh mana-mana satu daripada tiga parti komponen Pakatan, maka asas untuk meneruskan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud,” katanya. – Mynewshub.cc

https://youtu.be/uAb4HuQymz4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori