Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Wanita Berbikini Dilatih Sami...

SUKAN berakit yang menjadi aktiviti tarikan penduduk warga China kini menyaksikan sekumpulan wanita...

PERKESO, UPM Jalin Kerjasama...

PETALING JAYA : Sebagai peneraju dalam perlindungan keselamatan sosial di Malaysia, Pertubuhan Keselamatan...

Gerhana ‘Ring Of Fire’...

SEBAHAGIAN besar Asia akan mengalami gerhana matahari separa hari ini selain beberapa kawasan...

Tarif Elektrik Pengguna Domestik...

PUTRAJAYA - Tarif elektrik pengguna domestik kekal, manakala kadar surcaj tarif elektrik bagi...

22 Maut Polis Tumpaskan Kumpulan Bersenjata Di Macedonia

KUMANOVO (Macedonia) – Polis Macedonia menumpaskan satu kumpulan pengganas etnik Albania dalam pertempuran yang berlarutan sepanjang hari yang mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang yang disifatkan krisis politik terbaharu melanda negara bekas Republik Yugoslavia itu.

Sementara itu, NATO yang mengheret Macedonia dalam perang saudara pada 2001, meminta agar satu ‘penyiasatan telus’ dibuat mengenai punca kejadian apabila polis memasuki satu kawasan kedianan penduduk Albania di utara negara itu, Sabtu lalu.

Kerajaan berkata, lapan anggota polis dan 14 anggota ‘kumpulan bersenjata’ itu terbunuh dalam tembak menembak berkenaan yang didakwa diketuai bekas komander pemberontak negara jiran Kosovo.

Beliau dikatakan keluar dari Serbia pada perang 1999 dan memberikan inspirasi kepada etnik Albania untuk memberontak di Macedonia, dua tahun kemudian.


Polis berkata, kumpulan lelaki bersenjata itu dipercayai merancang untuk mengadakan beberapa serangan keganasan ke atas orang awam dan pasukan keselamatan bulan ini. Letupan dan tembakan senjata automatik menggegarkan bandar Kumanovo, sepanjang malam Sabtu dan pagi semalam. – REUTERS

https://www.youtube.com/watch?v=5LJRSRBmPWo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori