• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Dapat Bayaran RM3.6b Dari IPIC, Boleh Lunas Hutang

oleh Ahmad Albab
01/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah memeterai perjanjian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan unitnya, Aabar Investments (Aabar), membabitkan bayaran sebanyak US$1 bilion (RM3.6b) yang akan digunakan bagi melunaskan pinjaman syarikat berkenaan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, antara ketetapan perjanjian itu adalah IPIC akan membayar US$1 bilion pada atau sebelum 4 Jun 2015.

Bayaran berkenaan bertujuan melunaskan pinjaman berjumlah US$975 juta (RM3.5 bilion) yang dibuat lebih awal daripada tarikh ditetapkan kepada sekumpulan peminjam bank antarabangsa.

Menurutnya, pinjaman itu turut melibatkan kaedah lain bagi pengendalian keseluruhan pelbagai aset kewangan serta transaksi liabiliti antara pihak terbabit dan butiran lanjutnya akan diumumkan kelak.

Langkah itu adalah sebahagian pelan rasionalisasi dikemukakan Ahmad Husni kepada Kabinet pagi ini yang dijangka dapat dilaksanakan menjelang awal tahun depan.

“Perjanjian ini adalah satu langkah signifikan bagi mengurangkan keseluruhan paras hutang 1MDB serta menjadi bahagian penting pelan rasionalisasi yang saya kemukakan kepada Kabinet hari ini yang kita jangka dapat dilaksanakan sepenuhnya menjelang awal tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ia menyusuli pengumuman oleh 1MDB pada Februari lepas mengenai satu rumusan kajian strategik.

“Sebagaimana yang dicapai dengan Edra Energy, ini akan menyaksikan TRX (Tun Razak Exchange) dan Bandar Malaysia diwujudkan sebagai syarikat yang berdiri sendiri, memiliki autonomi sepenuhnya serta mempunyai kebertanggungjawaban bagi prestasi operasi dan kewangannya.

“Sementara usaha berhubung Edra Energy diteruskan, Kementerian Kewangan akan terus kekal sebagai pemegang saham utama dalam TRX dan Bandar Malaysia dan melibatkan peningkatan ekuiti menerusi pelabur-pelabur pihak ketiga.

“Perolehan itu akan digunakan bagi tujuan perbelanjaan modal serta mengurangkan hutang 1MDB,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Proses Bedah Siasat Mayat Di Wang Kelian Mula 7 Jun

Next Post

Bapa Dikecam Heret Anak Seperti Anjing

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Bapa Dikecam Heret Anak Seperti Anjing

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd