• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Rakyat Malaysia Sertai Militan Maut

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sebelas rakyat Malaysia yang dikesan terlibat dengan kumpulan militan IS (Islamic States) kini maut, dengan enam daripada mereka ‘pengebom bunuh diri’.

Mengesahkan demikian, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jenazah mereka tidak dapat dibawa balik kerana ‘ada di Syria dan ada setengah terlibat melakukan pengeboman di Iraq.’

“Enam daripadanya adalah pengebom bunuh diri, bukan pengebom berani mati.

“Kumpulan militan IS ini mengeksploitasi istilah ‘pengebom berani mati’ untuk menghalalkan tindakan bunuh diri menggunakan bom.

“Ini konsep kumpulan militan. Mereka akan ubah term (istilah) dan gunakan istilah itu dengan berkata itu adalah operasi syahid dan ini menghalalkan tindakan mereka, kononnya siapa yang terlibat akan mati syahid,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja ‘Ancaman Kumpulan IS terhadap Negara’ di majlis perasmian Multaqa Imam, guru takmir, guru Kafa dan jawatankuasa masjid negeri Kelanatan 2015, di sini, hari ini.

Turut hadir Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Ayob Khan berkata, pihaknya telah mengenalpasti terdapat kira-kira 80 rakyat negara ini yang telah menyertai kumpulan militan IS di Syria setakat ini.

“Angka ini mungkin meningkat dan mereka ini merupakan kumpulan pengganas yang unik kalau dilihat daripada cara mereka merekrut anggota dan lain-lain.

“Mereka juga mengeksploitasi golongan wanita dan ramai yang terpengaruh untuk menyertai kumpulan ini kemudiannya dijadikan hamba seks,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan IS ini bijak mengeksploitasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube untuk menyebar propaganda mereka.

“Mereka ada beribu cyber trooper (perwira maya) yang akan menjawab balik apa sahaja kenyataan dari media berkaitan IS.

“Selain itu mereka ada membuat dokumentari dan macam-macam lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Militanrakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

BANJIR BESAR: Agong, Raja Permaisuri Agong Doakan Keselamatan Rakyat Malaysia Di Nepal

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa prihatin serta mendoakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd