• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syabas Tidak Lagi Terima Bayaran Bil Air Di Kaunter TNB

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd. (Syabas) tidak akan menerima bayaran bil di semua kaunter pembayaran milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) mulai 1 Jun ini.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Priscilla Alfred berkata, mulai tarikh sama, pembayaran bil elektrik TNB tidak lagi diterima di semua Pusat Perkhidmatan Kaunter Setempat Syabas (OSCS).

“Keputusan itu merupakan hasil rundingan bersama antara Syabas dan TNB,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Priscilla berkata pelbagai saluran pembayaran bil air lain masih memberikan perkhidmatan kepada semua pengguna Syabas bagi urusan pembayaran secara tunai atau cek.

Katanya, pengguna boleh membuat bayaran di beberapa OSCS lain antaranya HSBC Bank Malaysia Berhad, Public Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, POS Malaysia Berhad, Mobile Money dan Paylink Global.

Bagi pengguna yang memilih untuk melakukan urusan pembayaran bil penggunaan air di Pusat Perkhidmatan Kaunter Setempat Syabas, Priscilla berkata waktu operasi kaunter berkenaan adalah dari 9 pagi hingga 4.30 petang (Isnin hingga Jumaat).

Antara lokasi yang boleh dikunjungi adalah Syabas Petaling, Syabas Kuala Lumpur, Syabas Gombak, Syabas Kuala Langat, Syabas Sepang dan Syabas Sabak Bernam.

Dalam pada itu, Priscilla menasihatkan pengguna agar membuat pembayaran bil mengikut tempoh waktu yang ditetapkan bagi mengelak pemotongan bekalan air. – BERNAMA

Tags: TNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd