• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Nahas Helikopter Termasuk Elemen Jenayah, Cuai

oleh Ahmad Albab
07/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap punca nahas helikopter di Semenyih semalam yang meragut nyawa Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan lima lagi, akan dijalankan meliputi pelbagai elemen, termasuk jenayah dan kecuaian.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya kini menunggu laporan bedah siasat mayat kesemua mangsa di samping mengumpul bahan bukti di lokasi kejadian.

“Siasatan bermula dari semalam iaitu selepas nahas berlaku dan untuk permulaan, kami membuka kertas siasatan di bawah ‘mati mengejut’,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata selain Polis Diraja Malaysia, siasatan dari segi teknikal pula akan dilakukan oleh Jabatan Penerbangan Awam.

Helikopter itu yang dinaiki enam orang, termasuk Jamaluddin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang semalam.

Noor Rashid berkata lokasi nahas juga ditutup kepada orang awam dan polis sedang mencari saksi-saksi di tempat kejadian untuk ditemu bual.

“Setakat ini kami telah merakam percakapan daripada tiga saksi iaitu orang kampung di kawasan ini,” katanya.

– BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd