• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Nahas Helikopter Bermula Hari Ini

oleh Ahmad Albab
06/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan nahas helikopter di Semenyih, kira-kira 40km dari sini, akan bermula segera dengan mengesan perakam suara helikopter tersebut menjadi keutamaan pasukan penyiasat, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata anggota jawatankuasa siasatan akan melawat kawasan nahas di Kampung Sungai Pening, Semenyih, hari ini untuk mengumpul semua serpihan bagi menyiasat punca kemalangan tersebut.

“Paling penting untuk mendapat perakam suara bagi membantu siasatan,” kata Liow kepada pemberita semasa menunggu proses bedah siasat enam mangsa tragedi itu di Unit Forensik, Hospital Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau berkata tiga pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) telah dibentuk untuk mempercepatkan proses pengesahan identiti mangsa.

“Sebelum kita nak sahkan kesemua identiti yang ada, kita mesti laksanakan pelbagai proses antaranya, mengambil cap jari, rekod pergigian atau odontologi serta DNA,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4.55 petang semalam, Anggota Parlimen Rompin dan juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias antara enam yang terkorban dalam nahas tersebut.

Empat mangsa lain ialah juruterbang, Kapten Clifford William Fournier, Pembantu Operasi helikopter, Aidana Baizieva, pengawal peribadi Jamaluddin, Razak B Seran dan Datuk Tan Huat Seang.

Jamaluddin menaiki helikopter tersebut dari Kuantan ke Subang selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang.

Helikopter tersebut terhempas di kawasan kebun getah ketika hujan dan angin kencang.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA),Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata proses siasatan dijangka bermula kira-kira pukul 10 pagi ini.

“Pasukan penyiasat akan bawa keluar semua serpihan ke tempat yang lebih selamat untuk memudahkan kerja siasatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd