Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

PM Modi Lawat Indonesia,...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri India, Narendra Modi, akan mengadakan lawatan rasmi ke...

RM21 Juta Bantu Pusat...

KUALA LUMPUR - Dana bantuan secara one-off bernilai RM21 juta akan diberikan kepada...

Bertudung Sebelum Kahwin, Hanis...

PENGHIJRAHAN Hanis Zalikha dengan mengenakaan hijab disambut baik pelbagai pihak termasuk para peminat...

14 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 14 kluster baharu yang...

Saya Bertawakal Kepada Allah – Presiden KAFA

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA) mengumumkan dua pemain import baharu dari Nigeria dan Brazil akan menyarung jersi The Red Warriors (TRW).

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, dua import baharu itu ialah Austin Amutu dan Gilmar De Filho yang akan beraksi di posisi penyerang.

“Pagi ini kita telah menerima sijil perpindahan antarabangsa (ITC) bagi kedua-dua penyerang baharu TRW tersebut.

“Mereka akan berganding dengan Erwin Carrilo dan akan mula beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) sabtu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar berkata, pemilihan dua import baharu yang dibuat oleh pengurus dan jurulatih TRW d harap dapat mengubah kekuatan pasukan Kelantan.


Beliau bagaimanapun mengakui TRW berhadapan dengan tambahan beban kewangan yang besar dengan kehadiran Amutu dan Gilmar.

Namun, katanya, KAFA tetap bersetuju sebagai ikhtiar memastikan Kelantan kembali menyaingi pasukan lain yang juga sedang memperkuatkan pasukan masing masing.

“Saya bertawakkal kepada Allah,” katanya. – MYNEWSHUB.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori