• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarankan UiTM Sediakan Pantri Khas Untuk Memasak Di Kolej

oleh AK-47
13/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SARANAN Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan kepada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk memasak sendiri sebagai salah satu cara untuk mengelakkan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) ternyata mendapat pelbagai respons daripada semua pihak.

Saranan ‘Masak Sendiri Elak GST’ Dimanipulasi – Ahmad Maslan

Ahmad memberikan cadangan itu kepada pelajar yang tinggal menyewa luar daripada kampus pengajian.

Walau bagaimanapun, seorang bekas pelajar UiTM yang dikenali sebagai Fariz Razali menerusi laman Facebooknya memberikan cadangan kepada UiTM untuk menyediakan pantri khas di kolej agar pelajar yang duduk di dalam kampus dapat memasak sekali gus menjimatkan kos sara diri mereka.

Menurut Fariz, berdasarkan pengalamannya, kebanyakan kantin dan kedai makan di Dataran Cendekia sentiasa tidak konsisten dalam perniagaan mereka. Kadang-kala suka-suka menutup perniagaan mereka, kejap hari ini buka, esok pula tak buka.

Keadaan sedemikian menyebabkan mereka, pelajar yang duduk dalam asrama kampus tidak mempunyai pilihan lain untuk mencari makanan kerana jika hendak keluar daripada kawasan kampus, tiada pengangkutan awam yang disediakan untuk tujuan itu.

Jadi, bagi jalan penyelesaian kepada permasalahan mereka, Fariz mencadangkan kepada pihak pengurusan UiTM agar membenarkan pelajar untuk memasak dalam kolej kediaman mereka.

“Cadangan saya mungkin untuk melaksanakan saranan memasak ini pihak UiTM boleh menyediakan pantri khas di kolej di mana mahasiswa dibenarkan memasak bagi mengurangkan kos sara diri.

“Saya harap teguran baik saya ini diterima bagi menyelesaikan permasalahan mahasiswa,” tulisnya.

Ada bagusnya cadangan yang diutarakan oleh Fariz ni, dengan memasak sendiri hidangan, mungkin para pelajar ini boleh menjimatkan serba sedikit wang mereka.

Tapi, apa-apa pun perkara ini perlu mendapat kata putus daripada pihak tertinggi pengurusan UiTM yang pastinya tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pelajar sepanjang menetap di asrama kampus. – MYNEWSHUB.CC

1

2

Tags: Ahmad MaslanGSTUiTM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pesanan Makanan Kini Lebih Mudah Dengan Aplikasi McDelivery

Next Post

Didenda RM2,000 Buat Laporan Polis Palsu

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

Next Post

Didenda RM2,000 Buat Laporan Polis Palsu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd