• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Razakan Selamat Dikebumi Di Kampung Sg. Damit

oleh Ahmad Albab
06/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUARAN – Jenazah pengawal peribadi Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Allahyarham Razakan B Seran selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sg. Damit di sini, kira-kira jam 12 tengah malam, malam tadi.

Terdahulu, jenazah yang diterbangkan ke Kota Kinabalu dari Pangkalan Udara Subang selepas selesai solat jenazah di Masjid Bukit Aman, mendarat tiba di pekan Tuaran, jam 8.45 malam.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Kampung Sg Damit untuk sekali lagi solat jenazah bagi anggota keluarga terdekat memberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan.

Turut hadir pada upacara itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah Datuk Hajiji Noor, Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim dan Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Jame Alip.

Allahyarham Razakan, 31, merupakan antara enam mangsa helikopter yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor kira-kira 4.55 petang, semalam.

Razakan yang merupakan anak keempat daripada lima bersaudara telah berkhidmat selama 10 sebagai anggota polis.

Beliau meninggalkan seorang isteri Setinurafene Andu, dan dua orang anak yang masing-masing berusia tujuh tahun dan setahun enam bulan. – BERNAMA

https://youtu.be/0crTmH78RBg

Tags: nahas helikopter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd