• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pingat Bukan Sasaran Utama Chong Wei Di Sukan SEA

oleh Ahmad Albab
17/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong mengutamakan semangat berpasukan daripada mengintai sasaran pingat sekiranya dapat beraksi dalam acara berpasukan pada temasya Sukan SEA Singapura, Jun ini.

Andainya kes doping yang dihadapinya memihak kepada pemain itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan untuk menyenaraikannya dalam acara berpasukan sahaja.

“(Menang pingat) itu tidak penting bagi saya. Apa yang penting semangat sepasukan perlu kuat khususnya dalam acara berpasukan.

“Jika saya boleh bermain, mungkin saya dapat bantu meningkatkan semangat rakan-rakan saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran penjualan telefon pintar Samsung di sini, hari ini.

Pemain berusia 33 tahun itu berkata sekiranya keputusan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membolehkan beliau turun semula ke gelanggang, maka beliau perlu menyertai banyak kejohanan untuk mengumpul mata ke Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil tahun depan.

Chong Wei, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing (2008) dan London (2012), digantung sementara oleh BWF selepas didapati menggunakan bahan terlarang jenis ‘dexamethasone’ pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

BWF dijangka mengumumkan keputusan kes doping pemain itu dalam tempoh terdekat selepas mendengar kes itu di Amsterdam, minggu lepas.

Chong Wei berkata beliau perlu mendapat semula rentak permainan selepas digantung sejak November lepas sehingga menyebabkan status sebagai pemain nombor satu dunia terlepas dan kini menjunam tangga ke-30 ketika ini.

“Selepas lama tidak bermain…sejak Sukan Asia 2014, saya memerlukan perlawanan yang kompetitif biarpun misi merampas semula ranking nombor satu dunia bukan mudah.

“Namun, apa yang lebih penting ketika ini ialah persiapan mental bagi menghadapi keputusan BWF,” katanya.

Chong Wei berkata sekiranya keputusan BWF memihak dirinya, maka beliau akan menyertai minimun tiga kejohanan utama sebelum menghadapi Kejohanan Dunia di Jakarta dari 10 hingga 16 Ogos ini.

Mulai bulan depan, saya perlu beri tumpuan kepada kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik…bagaimanapun Sukan SEA tidak termasuk dalam senarai ini, katanya.

Dalam pada itu, Chong Wei, selaku duta jenama Samsung, berkata beliau terharu dengan sokongan peminat dan penajanya yang telah menyuntik semangat beliau bagi menghadapi keputusan BWF.

“Mereka tidak putus asa dan terus memberi semangat kepada saya. Saya tahu keputusan (kes doping) sudah semakin dekat dan berharap akan mendapat keputusan yang baik.

“Sokongan dan semangat yang diberikan oleh mereka penting kepada saya sekarang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Iktiraf Kerajaan Presiden Mansour Hadi

Next Post

Tak Takut.. Komen Rafizi Isu Disaman Najib & Rosmah

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

Next Post

Tak Takut.. Komen Rafizi Isu Disaman Najib & Rosmah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd