• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Iktiraf Kerajaan Presiden Mansour Hadi

oleh Ahmad Albab
17/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa Malaysia mengiktiraf kerajaan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi di Yaman dan menyokong usaha masyarakat antarabangsa dalam mengekalkan perpaduan dan kebebasan di negara Arab itu.

Menurut laporan agensi berita Arab Saudi (WAS), Hishammuddin berkata demikian semasa menemui Timbalan Perdana Menteri II Arab Saudi Putera Mohammed Nayef Abdul Aziz di sini pada Khamis.

Putera Mohammed Nayef juga merupakan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi dan Timbalan Putera Mahkota.

“Malaysia menyokong semua tindakan kerajaan Arab Saudi dalam melindungi sempadannya serta menjaga keselamatan dan kedaulatannya,” katanya merujuk kepada langkah ketenteraan yang diambil kerajaan Arab Saudi terhadap puak Houthi di Yaman.

Beliau juga menggesa semua pihak di Yaman mematuhi Resolusi 2216 Majlis Keselamatan PBB yang mendesak puak Houthi supaya menghentikan keganasan dan berundur dari wilayah-wilayah yang didudukinya selain meletakkan senjata.

Hishammuddin turut menekankan tentang perlunya melengkapkan proses politik di Yaman berdasarkan inisiatif negara-negara Teluk.

Hishammudin yang berada di Arab Saudi sejak Rabu turut berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana membantu mengeluarkan rakyat Malaysia dari Yaman.

Pada Rabu juga Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Arab Saudi Putera Mohamad Salman Abdul Aziz. – BERNAMA

https://youtu.be/nkDGoSQLgig

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengisytiharkan esok Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd