• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Takut.. Komen Rafizi Isu Disaman Najib & Rosmah

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam nada angkuh mendakwa beliau tidak takut dengan saman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Malah, beliau dengan penuh sombong mendakwa berasa teruja untuk mempertahankan kenyataannya dalam kes tersebut di mahkamah dan peguamnya juga berasa teruja untuk menyoal balas pemimpin tertinggi negara tersebut.

“Saya percaya ini sebahagian usaha untuk menakut-nakutkan pimpinan Pakatan Rakyat. Saya akan terus bersuara dan tidak akan takut dengan tindakan-tindakan mahkamah seperti ini,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi bagaimanapun mendakwa, beliau belum mendapat apa-apa dokumen atau pengesahan mengenai saman tersebut setakat pukul 4 petang ini.

[BACA: Najib Dan Rosmah Saman Rafizi Kerana Memfitnah]

“Saya yakin ia lanjutan dari satu surat tuntutan yang dihantar kepada saya pada 4 Disember 2014,” katanya.

Media hari ini melaporkan Perdana Menteri dan isterinya memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi dan pemilik portal ‘Media Rakyat’ Chan Chee Kong berhubung isu subsidi minyak.

Saman tersebut difailkan semalam (16 April) menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dan ia diserahkan kepada Mohd Rafizi dan Chan hari ini.

Dalam penyata tuntutan, mereka mendakwa Mohd Rafizi telah memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 Nov 2014.

Najib dan Rosmah mendakwa ucapan Mohd Rafizi telah dirakam oleh ‘Media Rakyat’ yang kemudiannya dimuat naik oleh Chan atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk ‘Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak’.

Rafizi dianggap mempunyai niat supaya perkataan yang disebut olehnya diterbitkan semula oleh media massa untuk dibaca oleh orang ramai dan Mohd Rafizi bertanggungjawap dalam memfitnah mereka.

Chan pula dianggap gagal mengamalkan prinsip ‘responsible journalism’ atau kewartawanan bertanggungjawab kerana gagal mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan yang terkandung di dalam perkataan fitnah tersebut sebelum menerbitkannya.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Najib Tun RazakRafizi Ramlisaman
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd