• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

oleh
28/12/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal di peringkat antarabangsa dan menjadikannya insan yang lebih baik.

Chong Wei, 37, yang mengambil keputusan untuk menggantung raketnya Jun lepas berkata, beliau tidak akan berpeluang menjadi seperti apa yang dicapainya sekarang tanpa bimbingan jurulatih berkenaan.

Menurutnya, jurulatih seperti Datuk Misbun Sidek, Teh Peng Huat, mendiang Indra Gunawan, Li Mao, Rashid Sidek, Morten Frost, Datuk Tey Seu Bock, Hendrawan dan banyak lagi yang bukan hanya menggilap kemahiran badminton, bahkan membina keperibadiannya sehingga berjaya ke hari ini.

“Beberapa hari sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada 2019. 2019 adalah tahun yang penuh suka duka buat saya, secara fizikal dan emosi. Saya mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih saya.

“Tanpa mereka, saya tidak akan berpeluang mewakili negara. Mereka berkeras dalam latihan, sangat keras sehingga ada beberapa hari minda saya terasa kosong kerana terlalu menekan diri sendiri,” katanya.

Chong Wei berkata, ada ketikanya beliau muntah di gelanggang dan beberapa ratus kali pulang ke rumah dalam keadaan kekejangan otot.

“Tidak pernah saya merungut kerana saya tahu mereka boleh berlembut dengan saya, ambil gaji mereka dan meneruskan kehidupan. Mereka keras dan tegas, kerana mahu saya memberikan yang terbaik,” kata Chong Wei dalam akaun Instagram @leechongweiofficial hari ini.

Beliau juga berkata, ”Sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka lakukan untuk saya. Sebagaimana pepatah Cina berkata – Sehari sebagai guru anda, sepanjang hayat selaku bapa anda. Terima kasih jurulatih!”

Bekas pemain ranking nombor satu dunia itu mengumumkan persaraannya daripada dunia badminton profesional selepas kerjaya 19 tahun yang gemilang.

Pemenang pingat perak Olimpik sebanyak tiga kali itu yang didiiagnos menghidap kanser hidung peringkat awal tahun lalu berkata, beliau memilih untuk bersara selepas diberitahu doktor bahawa tubuhnya tidak lagi mampu melakukan latihan intensif diperlukan untuk pertandingan peringkat tinggi.

Tags: jurulatih badmintonLee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jumlah Kematian Akibat Taufan Phanfone Meningkat 21 Orang

Next Post

Isu Perkauman Bebankan Polis – KPN

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Bekas Jurulatih Badminton Jepun, Izuan Ibrahim Meninggal Dunia

24/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Jurulatih badminton yang pernah membawa Jepun muncul juara Piala Thomas 2014 termasuk membimbing Kento Momota, Izuan Ibrahim...

Next Post

Isu Perkauman Bebankan Polis - KPN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd