• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAC Dijangka Umum Kad Laporan Kerajaan Minggu Hadapan

oleh Ahmad Albab
03/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan mendedahkan kad laporan kerajaan buat pertama kalinya berserta dengan langkah penambahbaikan yang dikemukakan oleh jawatankuasa berkenaan pada minggu hadapan.

Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata PAC juga akan menyenaraikan langkah penambaikan yang telah dicadangkan kepada kerajaan pada sesi Parlimen kali ini termasuk langkah yang masih belum dilaksanakan.

“Ada sesetengah isu telah diambil tindakan, ada juga yang belum. Sebagai contoh, kami mencadangkan agar Jabatan Audit Negara menjalankan audit terhadap pembinaan KLIA2. Namun ia masih belum dilaksanakan hingga kini.

“Kami juga telah mencadangkan agar tindakan diambil terhadap beberapa pegawai atas penangguhan projek berkenaan. Saya rasa ia juga masih belum dilaksanakan hingga kini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di Parlimen pada Khamis.

Nur Jazlan berkata kad laporan PAC yang akan didedahkan itu nanti sudah pasti berbeza dengan Laporan Ketua Audit Negara kerana ia lebih telus.

“Laporan Ketua Audit Negara bersifat telus, namun laporan kami nyata berbeza kerana PAC turut dianggotai oleh wakil pembangkang. Sudah pasti ia lebih telus,” katanya.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai itu berkata kad laporan tersebut tidak akan ditanda sebagai lulus atau gagal, sebaliknya ia lebih menumpukan kepada laporan perkembangaan usaha kerajaan di bawah program transformasi yang dijalankan.

Laporan siri pertama Ketua Audit Negara 2014 akan dibentangkan di Parlimen, Isnin ini.

Semua data laporan tersebut akan dipersembahkan kepada PAC.

Jawatankuasa itu akan memutuskan mana-mana isu berbangkit daripada laporan tersebut yang harus disiasat dengan lebih mendalam. – mStar Online

Tags: KerajaanPAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd