• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Pakatan Rakyat – Kit Siang Salahkan PAS!

oleh Ahmad Albab
21/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuduh PAS sebagai punca kepada krisis dalaman yang sedang melanda parti komponen Pakatan Rakyat.

Kata Kit Siang, krisis itu akibat kegagalan pemimpin PAS mematuhi dasar bersama Pakatan Rakyat dengan meneruskan cadangan yang tiada dalam persetujuan dasar bersama gabungan pembangkang tersebut.

“Jika kesemua prinsip ini gagal dipulihkan, adalah mustahil untuk Pakatan Rakyat terus menjadi gabungan politik memandangkan kredibiliti Pakatan Rakyat dimusnahkan sendiri oleh parti komponennya.

“Saya baru pulang dari Jordan dan Mesir bersama empat Ahli Parlimen DAP. Saya difahamkan oleh pelajar Malaysia di Iskandariah dan Kaherah adalah merugikan kepada umat Islam untuk menganggap mereka yang berbeza pandangan mengenai hudud dan pelaksanaannya sebagai anti-Islam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang dalam pada itu menyelar Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana menuduh beliau beranggapan PAS lebih teruk daripada UMNO dan mahu memikat kerjasama dengan BN.

Tegas Kit Siang, jika DAP menganggap PAS lebih teruk daripada UMNO maka DAP tidak akan menjalin kerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat selama ini.

Menurutnya, beliau masih berharap Pakatan Rakyat akan kekal dengan syarat kesemua parti komponennya bersikap benar, jujur dan ikhlas terhadap polisi bersama iaitu tiada mana-mana pemimpin parti boleh membuat veto secara bersendirian seperti PAS.

Beliau turut menyindir Tuan Ibrahim kerana mendakwa cadangannya supaya `gabungan besar’ diwujudkan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) untuk menyelamatkan Malaysia daripada krisis politik bertujuan memikat hati pemimpin BN.

“Idea `gabungan terbesar’ ini tidak seperti konsep kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO yang mahu mewujudkan kerajaan PAS-UMNO,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: Lim Kit Siangpakatan rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden Pas Abdul Hadi Ulas Mengapa Batal Kerjasama Dengan DAP

Presiden Pas Abdul Hadi Ulas Mengapa Batal Kerjasama Dengan DAP

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas membatalkan kerjasama dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR) apabila suara dan perkataan Islam diminta untuk disembunyikan...

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd