• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KP Kesihatan Nafi Pengendali Kantin HTAR ‘Dipecat’

oleh Ahmad Albab
16/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menafikan pengendali kantin Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor ‘dipecat’ kerana gagal mematuhi tahap kebersihan ditetapkan.

Beliau sebaliknya menjelaskan, pengendali kantin itu cuma diarahkan menghentikan sementara operasi dan diberi notis selama 14 hari bagi membersihkan kantin tersebut.

“Arahan ini berdasarkan pemeriksaan dilakukan di kantin berkenaan pada 10 April 2015 mendapati kantin itu tidak menepati piawaian ditetapkan.

“Bagaimanapun kantin itu telah beroperasi semula pada 13 April 2015 selepas tahap kebersihan didapati mematuhi ketetapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai kantin di HTAR diarahkan ditutup baru-baru ini kerana kotor dan mengundang risiko kesihatan kepada orang ramai.

Laporan itu turut mendakwa pengendali kantin berkenaan tidak lagi dibenarkan meneruskan operasi di HTAR.

Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan mengambil serius perkara seperti itu kerana tahap kebersihan perlu menjadi keutamaan pengurusan setiap hospital.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Pecat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang pemimpin Armada Nasional, manakala tujuh lagi...

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

30/04/2026
0

DALAM politik kadang-kadang yang paling kuat bersuara bukan semestinya yang paling tepat hujahnya. Isu melibatkan sayap pemuda DAPSY mendesak Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd