• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

oleh Mynewshub
30/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM politik kadang-kadang yang paling kuat bersuara bukan semestinya yang paling tepat hujahnya.

Isu melibatkan sayap pemuda DAPSY mendesak Perdana Menteri memecat Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengundang tanda tanya.

Ini desakan serius yang mengarut atau reaksi emosi terlebih dos untuk menyusahkan lagi Kerajaan Perpaduan dan PMX?

Kalau mahu bercakap soal prestasi, Mohamad bukan nama kecil dalam Kabinet.

Beliau menteri paling perform dalam Kerajaan Perpaduan, sebaris pemimpin BN lain yang konsisten bekerja tanpa banyak drama seperti menteri DAP.

Lebih menarik, Mohamad bukan sekadar aktif di dalam negara, peranannya di pentas antarabangsa cukup menonjol.

Daripada isu konflik global hinggalah perkara yang menyentuh kepentingan strategik Malaysia, beliau lantang dan jelas membawa suara negara.

Kejayaan Malaysia menganjurkan persidangan ASEAN di Kuala Lumpur juga tidak boleh dipandang ringan.

Ia bukan sekadar acara diplomatik biasa, tetapi platform penting mengangkat imej negara dan Mohamad memainkan peranan besar di sebaliknya.

Jadi bila muncul tuntutan supaya beliau dipecat, alasan yang diberikan nampak agak longgar.

Hanya kerana beliau ADUN Rantau dan dikaitkan dengan krisis politik Negeri Sembilan terus mahu buang.

Memecat seorang menteri yang sedang menjalankan tugas dengan baik? Itu bukan langkah strategik, itu ‘overreaction’.

Lebih-lebih lagi, UMNO sendiri sudah membuat pendirian jelas melalui mesyuarat Biro Politik. Sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan diteruskan.

Maksudnya, tiada isu besar yang menggugat kestabilan kerajaan seperti yang cuba digambarkan.

Namun begitu, sayap pemuda DAP nampaknya masih belum puas hati dan cuba mengheret isu negeri menjadi krisis peringkat nasional.

Sedangkan realitinya perkara itu masih dalam ruang lingkup politik negeri yang boleh diselesaikan secara dalaman.

Perlu difahami, konflik yang berlaku bukanlah penolakan terhadap Kerajaan Perpaduan secara keseluruhan.

Ia lebih kepada ketidakpuasan hati terhadap pendekatan Menteri Besar Negeri Sembilan, khususnya melibatkan isu adat negeri yang sememangnya sensitif.

Dalam konteks ini, menarik balik sokongan satu bentuk tekanan politik terhadap kepimpinan negeri.

Itu pun sebahagian daripada dinamika biasa dalam politik Malaysia, bukan sesuatu yang luar jangka.

Akhirnya, desakan memecat
Mohamad kelihatan seperti percubaan mencari ‘kambing hitam’

Dalam politik matang penyelesaian datang daripada dialog dan rasional, bukan tuntutan drastik yang kurang asas. – MYNEWSHUB

 

Tags: adunDAPSYDatuk Seri Mohamad HasanHilang AkalKambing Hitamkrisis politikMenteri LuarNegeri SembilanPecatPemuda Sosialis DAP
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd