• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korban Nahas Helikopter: Razkan Setia Hingga Ke Hujung Nyawa

oleh AK-47
10/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Setinurafeni Andu menyifatkan arwah suaminya, Kpl Razkan Seran sebagai seorang pengawal peribadi yang setia dan komited untuk cuba melindungi majikannya, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Kesetiaannya dibawa sehingga ke saat ajal menjemput apabila jenazah Razkan ditemui dalam keadaan masih berpelukan dengan Ahli Parlimen Rompin berkenaan.

Menurut balu Allahyarham, pada awalnya beliau tidak menyangka berita berkenaan sebuah helikopter jenis AS365N2 Dauphin terhempas berhampiran Jalan Sungai Lalang-Kampung Pasir Baru yang mengorbankan enam penumpangnya Sabtu lalu melibatkan suaminya.

“Pada mulanya saya tidak mengendahkan berita tersebut oleh kerana terlalu banyak kes nahas udara berlaku sejak kebelakangan ini.

“Namun apabila saya menerima panggilan daripada ibu saya mengatakan helikopter yang dinaiki suami saya terhempas, saya mula merasa tidak sedap hati. Hanya pada pukul 7.30 malam saya mengetahui bahawa suami saya telah meninggal dunia,” kata Setinurafeni yang ditemui di rumah keluarganya di Kg Sg Damit di Tuaran, kira-kira 40km dari sini.

Kata Setinurafeni lagi, dia telah diberi tabik hormat oleh salah seorang ahli forensik dibilik mayat.

“Saya amat bangga terhadap Razkan yang cuba melindungi Jamaluddin hingga ke akhir hayatnya. Apabila beg mayat dibuka, kedua-dua tangannya ke atas, dan saya dapat lihat beliau masih memakai gelang kegemarannya.

“Di saat itu, saya yakin itulah jenazah suami saya,” tambah ibu kepada dua anak itu lagi.

Razkan dan Setinurafeni mendirikan rumahtangga pada 2008 dan dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan– Ahmad Qaid,2, dan Nur Aqilah Darwisyah,6.

Setinurafeni berkata, dia menerima kekuatan daripada sokongan dan kata-kata semangat daripada orang ramai termasuk balu Jamaluddin, Sultan Pahang serta beberapa VVIP yang turut berada di perkarangan lapangan terbang.

Jenazah Razkan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg Sg Damit, berhampiran rumah isterinya pada pukul 12 tengah malam, Ahad lalu.

Razkan menyertai anggota polis pada tahun 2003 dan pernah berkhidmat dibawah Pasuka Simpanan Persekutuan (FRU), sebelum menyertai Unit Tindakan Khas (Special Action Force) pada tahun 2008, dan kemudiannya ditugaskan untuk berkhdmat sebagai pengawal keselamatan Jamaluddin pada tahun 2013.

- MYNEWSHUB.CC

Tags: nahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd