• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, September 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Seragamkan Bayaran Kupon Dalam Masa Terdekat

oleh Ahmad Albab
03/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri akan mengumumkan penyeragaman bayaran kupon parkir di semua daerah dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan pengguna keliru selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dilaksanakan pada Rabu lepas.

Beliau berkata beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan untuk melihat perkara itu sebelum dibawa ke mesyuarat Exco bagi menetapkan keseragaman bayaran dalam kadar segera.

“Saya faham, sebab itu saya kata apabila kita melaksanakan satu dasar, tentu ada kelemahan dan saya tidak mahu menegakkan sesuatu yang tidak benar.

“GST ini masih baru dan saya percaya buat masa ini, ia dibayar oleh rakyat.

Saya telah berbincang dengan PBT (pihak berkuasa tempatan) dan akan buat satu pengumuman dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Beliau mengulas lanjut berhubung aduan segelintir pengguna yang mendakwa keliru sama ada GST ke atas bayaran kupon parkir dibiayai oleh rakyat atau sebaliknya.

Zambry turut meminta semua pejabat daerah dan PBT menyediakan butiran lengkap pelbagai jenis barangan atau perkhidmatan yang dikenakan dan dikecualikan daripada GST.

“Kita akan lihat perkara yang ada kepentingan kepada rakyat dan meneliti butiran berkenaan bagi melihat sekiranya ia boleh diserap oleh kerajaan negeri.

“Masing-masing mempunyai pandangan sendiri. Setiap polisi baharu tentunya akan mendapat reaksi daripada rakyat, sebab itu saya tidak mahu terburu buru bertindak kerana sikap sedemikian tidak akan memberi pulangan yang baik,” katanya.

Sementara itu, Zambry berkata anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang perlu mengadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sekiranya ingin memohon maaf atas tindakan mereka berpakaian serba hitam pada Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada Selasa lepas.

“Mereka tidak kesal, ada yang jumpa saya secara sulit semalam. Mereka takut dekat ketua, tapi terpaksa jumpa saya mengadu hal. Mereka secara rasmi tidak kata apa-apa, namun sekiranya ada yang ingin memohon, mereka perlu mengadap dengan Sultan sendiri,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=RiiYbVq973k

Tags: parkirPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd