Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Pemain Chelsea Willian Ejek...

PEMAIN pertahanan Chelsea, Willian dikesan memperlekeh dan mengejek penyokong Totthenham Hotspurs ketika pasukan...

Isu Video ‘B40’-Pensyarah, Penuntut...

Kuala Lumpur : Dua perkara sudah dipersetujui oleh Pengurusan Eksekutif Universiti Teknologi MARA...

Pengarah JAIPs Dilibas Pedang...

PENGARAH Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) berdepan detik cemas dilibas pedang...

Program Khas Haji Tajaan...

KUALA LUMPUR – Program Khas Haji tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak...

Kerja Pembersihan Di Lokasi Nahas Helikopter Siap Hari Ini

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja membawa keluar bangkai helikopter yang terhempas di Semenyih, Selangor akan disiapkan sepenuhnya hari ini bagi membolehkan penduduk setempat melakukan aktiviti biasa mereka, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata semua bahan dan serpihan yang dikeluarkan akan dikumpulkan di satu tempat selamat bagi proses siasatan dan analisa.

“Kami harap hari ini boleh bersihkan kawasan itu. Kami mahu membersihkan kawasan itu secepat mungkin bagi membolehkan aktiviti lain penduduk di situ diteruskan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lepas, anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis merupakan antara enam yang terkorban apabila elikopter Dauphin AS365N2 yang dinaiki mereka dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada kira-kira 4.45 petang.


Liow yang juga anggota Parlimen Bentong berkata setakat ini pihak bomba dan polis memberikan kerjasama yang baik kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan segala kerja pembersihan di kawasan itu berjalan lancar.

“Kami berharap proses siasatan dan analisis juga dapat dijalankan dengan segera bagi membolehkan laporan awal dikeluarkan secepat mungkin,” katanya.

Lima lagi mangsa ialah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang Kapten Clifford William Fournier, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan seorang wanita dikenali sebagai Aidana Baizieva. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori