• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehilangan Ayah Tak Patah Semangat Terus Pengajian

oleh Ahmad Albab
05/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Kehilangan ayah tersayang tidak akan mematahkan semangat untuk meneruskan pengajian dan mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, kata Amirul Akmal, anak kedua kepada Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Allahyarham Datuk Azlin Alias.

Amirul, 19, yang sedang menduduki peperiksaan peringkat A-Level di Kolej Yayasan UEM di Lembah Beringin, Selangor berkata kali terakhir beliau berbual bersama ayahnya pada Selasa lepas.

“Dalam perbualan itu, saya beritahu tidak begitu yakin dengan jawapan satu daripada kertas peperiksaan yang diduduki dan ayah memberi kata-kata semangat supaya terus mencuba dan belajar bersungguh-sungguh.

“Saya akan pegang kata-kata perangsang ayah untuk meneruskan pengajian dengan mencatat keputusan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui semasa pengebumian ayahnya di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Batu 13, Jalan Cheras, di sini.

Jenazah Azlin selamat dikebumikan pada 2.30 petang. Sebelum itu, solat jenazah dilakukan di kediamannya dan di Surau Saujana Impian, di sini.

Terdahulu, hujan renyai-renyai mengiringi pengebumian Allahyarham Azlin yang dihadiri ratusan anggota keluarga, saudara-mara dan rakan.

Suasana pilu dan hiba menyelubungi khemah di tanah perkuburan itu apabila van yang membawa jenazah Allahyarham tiba pada 2.15 petang.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, serta anak dan menantu, Nooryana Najwa dan Daniyar Kessibayev.

Selain itu, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Azlin, 48, yang mula berkhidmat bersama Najib pada 2008, maut apabila helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang dinaiki bersama lima yang lain terhempas di kawasan kebun getah di Semenyih.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Azlina Mahmad, 48, serta dua anak lelaki iaitu Amir Ashraf, 22, dan Amirul serta seorang anak perempuan, Aisha Maryam, 14. – BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd