MENTERI Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tragedi nahas helikoter yang mengorbankan ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis semalam.
Beliau berkata, orang ramai perlu menjaga sensitiviti keluarga dan menghormati mereka yang baru kehilangan orang yang tersayang.
“Saya mohon orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tragedi ini kerana ia membabitkna sensitiviti banyak keluarga,” katanya.
Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian malang yang menimpa Pengerusi Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) itu.
Helikopter yang dinaiki Jamaluddin bersama lima lagi termasuk Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias dipercayai meletup di ruang udara, sebelum terhempas di Kampung Sungai Pening.
Memetik sumber Berita Harian, Zahid berkata jenazah Jamaluddin akan disembahyangkan di Masjid At Taqwa Taman Tun Abdul Razak sebelum disemadikan di perkarangan Makan Pahlawan pada pukul 4.15 petang ini.
– MYNEWHUB.CC

