• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Minimum: 191 Kertas Siasatan Dibuka, 118 Dibawa Ke Mahkamah

oleh Ahmad Albab
14/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 191 kertas siasatan telah dibuka berhubung kegagalan pelaksanaan gaji minimum sejak 1 Jan tahun lepas hingga Mac tahun ini dengan 118 daripadanya dibawa ke mahkamah, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata daripada jumlah itu sebanyak 64 kes pendakwaan telah selesai dengan jumlah denda keseluruhan bernilai RM211,600.

“Tindakan di Mahkamah Buruh telah dibuat iaitu sebanyak 1,260 kes dengan tuntutan sebanyak RM20.5 juta.

“Jumlah diperintah bayar oleh Mahkamah Buruh sejak 2014 hingga Mac tahun ini pula ialah RM1.746 juta yang perlu dibayar kepada pekerja,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Syed Shahir Syed Mohamud yang ingin tahu jumlah majikan yang telah didakwa di mahkamah kerana gagal melaksanakan perintah gaji minimum.

Ketika ini, kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ialah sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.

Menjawab soalan tambahan daripada Syed Shahir mengenai jumlah penguat kuasa yang memantau pelaksanaan gaji minimum, Ismail berkata pada ketika ini sebanyak 491 pegawai ditugaskan untuk pemantauan dan pemeriksaan perburuhan, yang tidak hanya terhad kepada pelaksanaan gaji minimum.

“Kita (kementerian) akui, kita menghadapi kekurangan tenaga penguatkuasaan. Kita berusaha memohon kepada kerajaan membuat penambahan kepada bilangan pegawai penguat kuasa ini di bawah Kementerian Sumber Manusia.

“Namun begitu, ia tidak membantutkan usaha kita bagi memberi jaminan dan keyakinan kepada pekerja terutama dalam membela masa depan mereka khusus dalam gaji minimum ini,” katanya.

Beliau berkata ia dapat dilihat apabila jumlah pemeriksaan berkanun yang dibuat sejak tahun lepas hingga 28 Feb ialah sebanyak 44,604 pemeriksaaan. – BERNAMA

Tags: Gajipekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd