• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Festival Belia Putrajaya 2015 Dikendali Rakan Muda – KJ

oleh Ahmad Albab
21/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Festival Belia Putrajaya 2015 yang akan diadakan pada 22-24 Mei ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Rakan Muda, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata sebagai ‘pemilik’ kepada festival dan selaras penjenamaan semula Rakan Muda, acara bertemakan Bakat atau “Showcase of Talent” itu memberikan peluang sepenuhnya kepada belia untuk menggerak dan mewarnai program berkenaan berdasarkan aspirasi golongan tersebut.

Lokasi festival tahunan itu juga turut berganjak ke Presint 4 merangkumi Dataran Gemilang sehingga ke Galeria Putrajaya Holdings berbanding tertumpu di sekitar Presint 2 dan 3 sahaja sebelum ini, katanya.

“Di sebalik segala perubahan dan kelainan fizikal yang dilaksana bagi memberi pengalaman yang lebih menarik kepada belia, penambahbaikan paling utama festival tahun ini adalah intipatinya, iaitu betul-betul digerakkan dan dipersembahkan oleh anak muda untuk tatapan anak muda,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis prapelancaran festival itu di sini hari ini, Khairy berkata dalam mengenal pasti, menggilap dan memperagakan bakat anak muda, penganjuran kali ini juga dibahagikan kepada empat zon utama iaitu Pemikiran, Komuniti, Seni dan Aktif.

Beliau berkata zon Pemikiran akan berunsurkan keusahawanan serta reka cipta, zon Komuniti akan menyerlahkan program kemasyarakatan manakala zon Seni dan Aktif pula masing-masing menampilkan bakat seni serta pengisian berlandaskan aktiviti sihat dan mencabar.

Acara ikonik festival seperti Belia Berselawat, Karnival Kerjaya Belia, Zombie Run, Jom Heboh dan Book Sale tetap dikekalkan di samping acara baharu yang diperkenalkan antaranya Fit Malaysia serta One Silat Championship, katanya.

Mengenai kos penganjuran, Khairy berkata sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk festival kali ini namun yakin penganjuran secara berhemah itu tetap boleh dilaksanakan dengan cemerlang dan berupaya menggamit kehadiran pengunjung.

Selain penyediaan program menepati citarasa golongan muda, Festival Belia itu sendiri sudah menjadi jenama yang mampu menarik kehadiran pengunjung, katanya.

Beliau berkata penganjuran terdahulu memerlukan peruntukan yang agak besar kerana terpaksa membeli iklan di media massa namun ia tidak lagi diperlukan sekarang hasil penyebaran di media sosial. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=KjiQFLiXLeg

Tags: BeliaKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd