Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

China Tingkat Belanja Tentera,...

PERBELANJAAN ketenteraan China mencapai rekod baru tahun ini, menyaksikan peningkatan sebanyak 8.1 peratus...

Jumlah Korban Gempa Bumi...

MIRPUR - Jumlah korban gempa 5.8 magnitud di timur laut Pakistan, hari ini,...

Ramli Din Dilantik Pengarah...

DATUK Ramli Din dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang...

APM Hantar Guru, Pengawas...

KUCHING - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman hari ini membantu menghantar...

Era Guru Garang Sudah Tidak Sesuai Di Sekolah

KANGAR (Bernama) — Era guru besar atau guru ‘garang’ sudah
berakhir dan tidak sesuai lagi diamalkan di sekolah sama ada menengah atau
rendah, kata Exco Kerajaan Perlis Ahmad Bakri Datuk Ali.

Beliau berkata kaedah serta pendekatan yang lebih mesra dengan pelajar perlu
diterapkan oleh setiap tenaga pengajar.

“Zaman saya bersekolah dahulu, sekolah menengah atau rendah, guru besar
orang paling ditakuti murid kerana sebarang tindakan mereka direstui ibu bapa
murid,” katanya sempena majlis perasmian penutup Pertandingan Rukun Negara Kelab
1Malaysia peringkat Perlis di sini, hari ini.

Program anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perlis itu turut menampilkan
pertandingan drama bertemakan ‘Penghayatan Rukun Negara Teras Penerapan Nilai
Murni’.

Beliau berkata berbeza dengan keadaan sekarang, zaman dahulu tidak terdapat
sebarang tindakan melulu daripada ibu bapa yang mempertikaikan tindakan guru
besar atau guru sekiranya pihak sekolah menghukum pelajar.

Beliau yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man pada majlis itu,
berkata program seumpama itu memberi manfaat kepada generasi muda khususnya
golongan pelajar melalui proses pembinaan bangsa.

Ahmad Bakri berkata sifat individu yang bersopan santun dan bersusila amat
bermakna dan sangat penting dalam konteks perhubungan antara satu dengan lain
dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Kata beliau sikap bersopan dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk
masyarakat berdisiplin serta bermoral tinggi dalam usaha memupuk masyarakat
harmoni.


“Kita harus mempertahankan hubungan harmoni antara kaum di negara ini dan
terus istiqamah dalam mewujudkan kesamaan identiti yang kukuh,” kata Ahmad
Bakri.

Beliau berkata pada hari ini, banyak negara di dunia mengagumi Malaysia yang
diperakui berjaya membawa perpaduan kaum dalam sebuah negara yang didiami
pelbagai etnik.

Beliau berkata ibu bapa pada masa dahulu memberikan sepenuh kepercayaan dan
sokongan kepada guru besar atau guru supaya mendidik anak-anak mereka menjadi
manusia yang berguna kepada masyarakat.

Ahmad Bakri turut menyampaikan hadiah kepada sekolah menengah yang
berjaya dalam pertandingan drama tersebut yang berlangsung sejak semalam.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, Kangar muncul johan dan menerima
hadiah wang tunai RM1,500 menerusi drama berjudul ‘Kasut Kelopak Kasih’ arahan
Azizah Ab Aziz; naib johan disandang SM Agama Al Islahiah, Behor Mali, Simpang
Empat menerusi sketsa bertajuk ‘Kita Bongkar’ dan menerima hadiah RM1,000;
manakala di tempat ketiga ialah SMK Mata Ayer yang mempersembahkan drama
bertajuk ‘Terjebak’ dan memenangi hadiah RM500.– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori