• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipenjara Kerana Cederakan Bekas Teman Wanita

oleh Ahmad Albab
28/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akibat mencederakan bekas teman wanitanya, seorang pembaik alat pendingin hawa dipenjara sehari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Ahmad Farid Azmi, 30, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah kepada Alina Saleh, 33, yang tidak bekerja.

Mahkamah juga memerintahkan Ahmad Farid dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Ahmad Farid didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik No 614, Hotel Prescott Jalan Medan Tuanku, di sini pada pukul 2.40 petang, 4 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, mangsa telah pergi ke hotel tersebut untuk mengambil semula barang-barang yang dipinjamkan kepada tertuduh iaitu wang tunai RM1,000, sebuah beg, sepasang kasut dan sehelai baju-T.

Tertuduh, bagaimanapun, enggan memulangkan barangan, menyebabkan berlaku pergelutan dan tertuduh telah menolak dan mencekik mangsa sehingga mangsa sukar bernafas.

Terdahulu, tertuduh, yang diwakili peguam Ahmad Ridza Mohd Noh, memohon hukuman ringan dengan alasan tertuduh perlu menanggung ibu dan bapa yang sudah tua dan menghidap penyakit darah tinggi.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh. Tertuduh membayar denda itu. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=POyzS1ik0FI

Tags: DeraPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd