• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dedikasi Jamaluddin Jarjis Bantu Perkukuh Hubungan Malaysia-AS

oleh Ahmad Albab
07/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, yang terkorban bersama lima yang lain dalam nahas helikopter di Semenyih petang semalam, adalah tokoh yang amat tekun memperjuangkan kepentingan Malaysia melalui kesungguhannya dalam usaha meningkatkan hubungan antara negara ini dengan Amerika Syarikat.

Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia Joseph Y. Yun berkata komitmen dan dedikasi Jamaluddin yang tidak pernah luntur itu akan dikenang selama-lamanya.

“Hubungan dua hala yang begitu kukuh antara kita, sebahagian besarnya adalah hasil daripada kreativiti, kegigihan dan wawasan beliau,” katanya dalam ucapan takziah kedutaan itu yang disiarkan dalam laman sesawangnya malam tadi.

Laman itu juga menyiarkan sekeping gambar yang menunjukkan Presiden Barack Obama dan Jamaluddin, dengan kapsyen, ‘Presiden Barack Obama bersama Tan Sri Jamaluddin Jarjis, bekas duta Malaysia ke Amerika’.

Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat handai mereka yang terkorban dalam nahas itu.

“Doa dan harapan kami sentiasa mengiringi mereka pada detik-detik yang memilukan ini,” katanya.

Helikopter AS365N2 Dauphin itu, yang dinaiki enam orang, terhempas di kawasan kebun getah di Semenyih dekat sini pada 4.55 petang semalam.

Nama yang terkandung dalam senarai daftar penerbangan pesawat itu ialah Kapten Clifford William Fournier; Pembantu Operasi Aidana Baizieva; Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran; Datuk Seri Azlin Alias dan Datuk Tan Huat Seang.

Mayat kesemua mangsa dibawa keluar dari tempat kejadian pada kira-kira 11.30 malam tadi sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan proses pengecaman.

– BERNAMA

Tags: Jamaluddin Jarjisnahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd