• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Azlin Alias Sanggup Tinggalkan Dunia Korporat

oleh Ahmad Albab
07/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bertugas sebagai akauntan bertauliah sebelum meninggalkan dunia korporat untuk menyertai perkhidmatan kerajaan.

Dilahirkan di Petaling Jaya, Azlin, 47, memulakan kerjayanya dengan menyertai Tenaga Nasional Bhd setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari University of New South Wales di Sydney, Australia pada 1989.

Dalam tempoh lima tahun bersama syarikat utiliti negara, beliau menyandang beberapa jawatan pengurusan termasuk sebagai Ketua Bahagian Perhubungan Pelabur.

Kemudian, beliau menyertai Phileo Allied Securities sebagai penganalisis ekuiti selama setahun hingga 1996, sebelum berhijrah ke Caspian Research selama dua tahun dari 1996-1998 dan berkhidmat sebagai Penganalisis Kanan Ekuiti Nomura Advisory Services dari September 1998 hingga Mei 2004.

Tugas Azlin memerlukan beliau terlibat dalam bidang penyelidikan ekuiti, perniagaan dan tugas nasihat korporat ketika memberi khidmat kepada beberapa organisasi yang menganggotai Bursa Malaysia Securities Berhad.

Pada Mei 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Avenue Securities Sdn Bhd yang bertanggungjawab bagi pembangunan perniagaan, perancangan strategik, pemasaran dan menasihati pasukan penyelidikan ekuiti untuk memantapkan produk penyelidikan serta profil klien institusi.

Selepas itu, kedudukan Azlin dalam dunia korporat melonjak lagi dengan menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat modal teroka di bawah Kumpulan Khazanah Nasional Berhad dari 2005 hingga Mei 2008.

Demi memenuhi hasratnya untuk berbakti secara langsung terhadap negara, Azlin menerima tawaran untuk menyandang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 10 Mac 2014.

Beliau pernah dipilih sebagai ‘Penganalisis Penyelidikan Terbaik 2003’ oleh The Edge dan ketika beliau menganggotai pasukan pasukan penyelidikan di Avenue Securities, firma itu dipilih sebagai ‘Most Improved Local Research House’ dan ‘Second Best Local Research House’ oleh The Edge Weekly pada 2004.

Allahyarham Azlin meninggalkan isteri Datin Azlina Mahmad serta dua anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Pada sidang akhbar malam tadi, Najib menyifatkan Azlin sebagai ‘Chief of Staff’ (Ketua Turus) di Pejabat Perdana Menteri dan memainkan peranan utama dalam menentukan pelbagai perkara penting dalam hal-ehwal pejabat itu.

“Secara peribadi, beliau telah bersetuju meninggalkan kerjaya bidang korporat untuk berkhidmat dengan kerajaan sebagai khidmatnya untuk negara.

“Beliau telah bekerja dengan penuh dedikasi, amanah dan disenangi semua pihak. Ketiadaan beliau adalah satu kehilangan besar buat saya,” kata perdana menteri.

– BERNAMA

Tags: nahas helikopter
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dedikasi Jamaluddin Jarjis Bantu Perkukuh Hubungan Malaysia-AS

Next Post

Jenazah Jamaluddin Jarjis Dikebumi Selepas Asar – Anak

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

Next Post

Jenazah Jamaluddin Jarjis Dikebumi Selepas Asar - Anak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd